"A woman has strengths that amaze men
she can handle trouble & carry heavy burdens
She holds happiness, love and opinions
She smiles when she feels like screaming
She sings when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid
Her love is unconditional!
There's only one thing wrong wit her,
she sometimes forgets what she is worth..."
hmmm....bila baca mesej ini, terus teringat kepada a beautiful woman yang telah saya kenal dari sejak saya lahir ke dunia ini. of course, tak lain dan tak bukan adalah mak saya..banyak perkara dia dah buat untuk saya (ketika ini saya teringat juga kepada ayah saya..huhu...)...especially bila saya sakit....bila saya tak mampu nak menangani kesakitan itu berseorangan...mak dan ayah saya saja lah yang mampu nak melayan kerenah anak dia yang seorang ni..hehe...dahsyat tau saya ni sebenarnya...saya tahu bukan senang nak menemankan seseorang di hospital. memang bosan..dicampur dengan bau di hospital yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang..saya akui saya sendiri pun tidak betah untuk duduk di hospital terlalu lama...
bukan senang juga nak berjaga dan hanya tidur di kerusi sandar untuk beberapa malam untuk menemani saya...dan bukan sekali mereka harus berbuat begini tapi untuk tiga kali..dan tentulah banyak perbelanjaan untuk saya masuk hospital ini..huhhu....saya rasa saya lah anak yang paling banyak menyebabkan mak dan ayah saya berbelanja untuk kos perubatan...
apa2 pun, saya berharap agar saya tidak lagi menyebabkan mak dan ayah saya bersusah menemankan saya di hospital, membayar kos perubatan saya....saya berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik kepada saya sepanjang saya merantau di sini kerana saya tahu tak ada sesiapa yang akan sanggup melayan dan menjaga saya sebagaimana sabarnya mak dan ayah saya menjaga saya ketika sakit...
dan selepas ini bukanlah mereka yang patut menjaga saya, tapi sebaliknya saya lah yang berbuat demikian pula..dan saya harap saya diberikan kesempatan itu...
hmm....dah jadi masuk bab lain pula lah kan...biasalah..sindrom orang tengah memikirkan banyak perkara..macam2 'flashback' ada di dalam fikiran...chao!




3 comments:
Alhamdulillah... Cam ni ler anak solehah... Sedih plak baca posting nih.. Huhu..
Aku adalah antara orang yg kurang gemar berada di hospital. Especially government hospital.. Rasa cam nk termuntah bau ubat2 kat situ... Aduh..
Tapi kalau dah sakat nk buat camne kan.. Mak ayah kita nih dia dah tak fikir about money.. Apa yg terbaik untuk anak dia mesti dia buat..
So.. kita pun kena jadi org yg Peduli.. Peduli dengan jasa yg diaorang penah curahkan dan kena jaga diaorang sampai akhir usia..
Banyak gak pengalaman aku dah tgk perihal 'anak derhaka' nih.. Ada yg Allah balas cash..
Hmmm.. Akhir zaman, hamba melahirkan tuannya.. Betul ke?
Renung2kan..:)
Sori lupa kasik sumber hadith.. And ayat last tu harus dibaca begini: "Betul ke ia telah terjadi?"
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah SAW, "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
(Sahih, Riwayat Imam Muslim)
ya..renung2kan...
Post a Comment