Dalam satu riwayat diceritakan seorang lelaki berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di padang pasir. Di tengah jalan dia berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, dia ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan. Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Dia amat bersimpati kepada anjing itu.
Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus itu. Dia turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air itu. Sampai di atas, lelaki itu pun menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing.
Di atas layanan yang baik dan sifat belas kesihannya terhadap anjing itu, Allah memberikan keampunan di atas dosa-dosanya yang lalu.
hmm....ini kisah yang saya rasa hampir semua orang tahu dan pernah dengar. sesekali mengimbau kisah2 yang pernah didengari pada zaman kanak2 dulu rasa seronok juga. hmmm....
MORAL & IKTIBAR DARI KISAH
>>>Berbuat baik terhadap haiwan walaupun seekor anjing adalah satu kebajikan dan mendapat pahala
>>>Sifat kesihan dan belas adalah amalan hati. Amalan hati diberikan ganjaran lebih di sisi Allah.
>>>Allah melihat apa sahaja yang kita buat pada setiap masa di mana sahaja kita berada.
>>>Ganjaran pahala diberikan mengikut kadar keikhlasan kita.
>>>Begitu juga dosa dikenakan mengikut kadar penglibatan hati kita.
>>>Jangan memandang remeh perkara-perkara yang kita anggap kecil. Boleh jadi di sisi Allah ia amat besar nilainya.
>>>Amalan yang kita anggap kecil kadang-kadang boleh memasukan kita ke syurga. Manakala amalan jahat yang kecil juga boleh memasukkan kita ke dalam neraka.
>>>Jangan memandang rendah kepada haiwan sebab ia makhluk Allah jua seperti kita.
Kes:
Ini adalah kes saya. takdelah menarik sangat...hmm..sebelum ini saya pernah post kisah pasal anjing juga. bukan saya suka nak mengulang2 tentang binatang yang paling saya fobia ini..cumanya hari ini saya berdepan dengan saat2 yang mendebarkan dan mencemaskan....huhu...beginilah hidup di kawasan yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.
selepas turun dari bas, seperti biasa saya harus berjalan untuk sampai ke rumah. hari ini saya pulang awal sedikit...penat otak kot...dah tak larat....sedang saya berjalan, dalam 50 meter, saya nampak seorang budak keluar dari pintu rumahnya...kemudian diikuti oleh anjingnya pula...ya Allah, memang terkezut..dalam hati saya cuma berdoa anjing tu tak nampakkan saya. ketika itu rasa nya macam kaki dah statik..sekuat mana pun saya cuba melangkah, saya rasa lambat sungguh pergerakan...
huhu..dahsyat..kenapa lah gue macam ni..perasan sorang2 je...anjing tu tengah khusyu' bermain2 dengan budak tu. cara anjing tu main yang menakutkan saya. anjing tu 'bergurau2' dengan tuannya dengan cara melompat dan menerkam dada tuan nye...huuuuu.....scary ma....selepas beberapa lompatan, keluar pula mak kepada budak tadi. terhenti seketika gurauan mereka...
dan apa yang membuat an degup jantung saya hampir berhenti, anjing itu sedang menuju ke arah saya yang sedang berjalan ni...ya Allah...dugaan betul...apa yang saya takutkan adalah anjing itu akan menerkam saya seperti yang ia lakukan terhadap tuan nya..dalam hati saya hanya mampu berdoa dan saya tak pandang pun mata anjing tu..(orang kata kalau nak bagi anjing tak serang kita, jangan pandang mata dia..hmm...mungkin berkesan, mungkin tidak..tapi dalam waktu2 kecemasan begini, saya sanggup cuba apa saja cara asalkan anjing itu tidak menyentuh saya)
Alhamdulillah, setelah anjing itu membuat langkah saya kaku untuk beberapa saat, ia pun berundur ke belakang dan kembali kepada tuannya..saya pun apa lagi...JANGAN PANDANG BELAKANG!!!!...terus berjalan menuju ke rumah..bukan jauh sangat lagi pun rumah saya..hanya selang 4-5 buah rumah je...memang menakutkan....otak saya yang penat dan tengah tak larat ni terus terbangun akibat 'kejutan' ini...
nampaknya ini lah yang saya harus sentiasa bersiap-sedia....tuan yang melepaskan anjing nya berjalan2 bersendirian tanpa diikat...
MORAL & IKTIBAR DARI KES
>>>walau sejinak mana pun anjing tu, ia tetap anjing..huhu..apakah???
>>>jika terserempak dengan anjing, jangan pandang anjing tu dan juga jangan pandang belakang...
>>>saya pun tak tahu apa yang saya tulis ni...maaf lah kalau membuang masa anda semua..sekadar mahu melepaskan sesuatu.....#_#
>>>sekian.....sejak kebelakangan ni, kalau hari rabu menjelma je, perasaan macam tak menentu...syndrome apakah ini? pelik bin ajaib...
macam takut2 je kan anak kucing ni...macam nilah perasaan saya petang tadi...sigh...



4 comments:
impression awal selepas membaca article illi...
gelak terguling2 sampe terjatuh kerusi...
tapi selepas mendapat kembali kewarasan dan kesedaran... timbul pula rasa simpati..huhuhu
kesian cik illi yg hyper-canine-phobic, apa pun, bukan ape...kite rase phobia dgn anjing sbb kita membesar dgn anjing yg melampau2 ganas nye... tp sbnrnye anjing ni takdela ganas mane pn.. dia mcm kucing je, cuma version besar sket... satu yg saya rase pasal anjing ni..dia berkelakuan mengikut layanan sekeliling dia n sikap tuan dia... klu tuan dia perangai baik, dia pn baik.. klu tuan dia suke menyalak, dia pn menyalak aa... then klu org layan dia baik, dia tak la mengganas.. yg kat malaysia tu, anjing2 tu mengganas sbb dia dah terbiasa dgn perangai tu..camne nk kate..it is a result of being nurtured everyday to react like that when being acted upon.. but basically, diorg ni ade gak instinct nk main yg sgt kuat... so what to do.. kita plak terlebih takut sbb dlm benak kita takut tersentuh anjing, seolah2 klu terkena anjing akan berdosa... padahal kene samak je... (statement ni nk rangkumkan komen utk satu kes dulu yg vet kene sound sbb posing dgn anjing..sian dia)
huhuhu panjang la plak...
impression awl slps membaca komen bro firdaus....bc kembali post sy ni berulang2-kali..tertanya2 di manakah bahagian yang boleh membuatkan org lain gelak2 terguling smpi terjatuh kerusi...kes..kes..kes...ahaks
kpd yang tergelak2 smpi guling2 dan jatuh kerusi tu, sy minta mahap lah ye..tak bermaksud nk menjatuh kan anda..saya cuma menceritakan perasaan sy je...kui3..
anyway, kembali kpd kisah anjing ni..ya, mmg benar..disebabkan anjing yg mengganas di m'sia ni (terutamanya anjing kt uia tu), sy tlah jd fobia dgn anjing...huuu....sy tahu haiwan kalau kite buat baik dgn dia, insyaAllah ia akan baik n x harm kita.spt mana anjing2 kt UK ni..sy tahu anjing2 ni xberminat dgn manusia lain kecuali tuannya, tp sy masih nk sesuaikn diri utk tidak berasa terlalu takut...huhu...sy xnafikan ade anjing yg sungguh comel..kdg2 geram je tgk..nk picit2 je..
ntah lah kan..mayb sbb di fikiran tu dh set pegang anjing ni kene samak, sbb tu mempengaruhi juga perasaan takut kpd anjing ni..hehe..sy ni sbnrnye bukan lah takut binatang..sy suka binatang..tp bab anjing ni mmg kelemahan sy lah..layann...xpe, sy akan berusaha utk menenangkn diri kalau nmpk anjing2 ni..sy yakin ini perasaan je..perasaan yg melebih2..kui3 ^_^
Itu anjing hutan la Dr Illi.. hahahah... (Gelak tapi tak jatuh kerusi macam Dr Firdaus...).. Hehe..
Citer pasal anjing teringat satu benda khurafat yg maha mengarut pernah ku amalkan zaman kanak2 dulu.. Haha.. Sebabnya hampir sama dengan Dr Illi.. Coz phobia anjing.. Nk tahu aper...?
Kalau nampak anjing, baca "Alam tarakai fafa'ala rabb".. jangan sambung nanti dia akan 'buka' mulut dia.. Hahaha.. Funny la plak ingat2 balik.. Nyway dah tak ingat sapa la tok guru yg ajar benda alah nih.. Mangkuk betul time tu... Ikut jer.. huhu..
hahhaha....mmg aku xpernah ajaran ko ni..lagi klaka...beselah kan..kata pun kanak2..kite akan percaya dan buat apa yg org lain kata..bila dh membesar, baru lah sedar bnde betul atau tidak..itu tndanya sudah membesar dengan sihat dan kuat...ahaks...
Post a Comment