Tuesday, 29 April 2008

home sweet home

Tinggal sebulan lagi....

bulan 6 ni ramai di kalangan adik2 undergrad yang mahu pulang ke Malaysia...masing2 sudah menghitung hari...ada juga yang bertanya kat saya; "kak illi tak balik ke summer ni"..hahah.....jawapannya adalah senyum sahaja

kes gue lain lah...pembelajarannya adalah berterusan...takde cuti yang rasmi..cuti nye semua yang dibuat2 sendiri...bergantung kepada progress research...even aisyah di dundee pun pernah offer untuk balik sama2 bulan July ni...hmmm

sebenarnya saya telah berjanji kepada diri sendiri. selagi saya tak settle first year dan dapat menukar MPhil ke PhD, saya tidak boleh memikirkan untuk pulang ke Malaysia..don't ever think about it...penting janji ni sebenarnya..supaya saya lebih bersemangat untuk memastikan research saya mencapai tahap yang sepatutnya..dalam erti kata lain, sebagai motivasi diri dan juga ganjaran andainya research saya berlangsung dengan cemerlang..

fuhh.....saya tak mahu terlalu memikirkan hal nak balik malaysia ni...membuat hati berbelah bahagi


last weekend, famili sy bagi gambar2 rumah yang sedang direnovate...hampir2 tak cam bahagian2 rumah sekarang ni...dulu time buat plan rumah tu adalah tengok2 gak, tapi ayah kata ada beberapa bahagian yang ditukar...tapi tak sangka agak besar output renovation kali ni..huhu...

pandangan dari tingkap bakal bilik saya...rupa2nya di depan rumah saya ni dah ada laluan berbumbung untuk pejalan kaki..disambung dari stesen LRT kat bawah tu..baguslah kan..takdelah nanti saya basah bila hujan kalau kene menapak dari stesen kat bawah tu..

.
tapi tadi berborak dengan sya-z pula...huhu...dia bagi cadangan untuk balik time raya nanti..huaaa....cobaan betul..dilema lagi ni...balik...tak balik..balik..tak balik...balik...@_@

Friday, 25 April 2008

an invitation....

hari ini saya tidak pergi ke school...sakit kepala dan flu...dari hari isnin saya mampu bertahan tapi pagi ini saya tak dapat...semalam pun saya tak dapat buat apa2...bangun pagi ok je, dah tengah hari, jalan pun tak betul, terhoyong-hayang..last2 saya terbaring di surau..nak balik rumah tak larat berjalan dan naik bus.....

alhamdulillah, bertapa di rumah buat saya kembali segar walaupun belum sepenuhnya..lagi pun tujuan saya berehat di rumah hari ini adalah supaya saya boleh pergi ke school hari jumaat memandangkan saya ada meeting dengan Prof ferda.

but the best part for today is i got an invitation card from a long-time friend....kami kenal sejak 1st semester matrik lagi tapi time tu saya tak rapat sangat dengan dia...mukanya serius je dan kalau dalam kelas tu dia mesti duduk depan..dan saya ingat dia antara 4 orang dari batch kami yang dapat dean's list untuk semester 1 (saya tak dapat, sebab tu saya ingat..hehe)...

semester ke-2 saya terpisah dengan kwn2 saya di semester pertama dulu dan hanya tinggal beberapa orang termasuk dia...dari situ saya mula rapat dengan dia..kami belajar sama2....saya datang bilik dia, dia datang bilik saya...saya pun tak tau mcm mana boleh rapat dengan dia sebab dia agak pendiam dan agak reserved orang nya..huhu..tapi lama2 perangai 'sengal' saya ada terlekat sket dengan dia..kui3...dia dah tak lah seserius macam dulu..

dalam serius die tu, rupa2nya dia suka dengar lagu hindi..dan rupa2nya juga suara agak sedap...bukan senang tau nk nyanyi lagu hindi ni..orang india punye tone suara lain dan sukar untuk ditiru..itu adalah antara another side of my friend ni di sebalik keseriusannya selama ini....

akhirnye untuk sem 2, kami mendapat gpa yang sama..hehe..sonok2...time ni saya dapat chance untuk tukar medik tapi saya dah mula menyukai engineering ni....dan sebenarnya kawan saya ini lebih berminat kepada course lain...dia lebih berminat dengan english...masa semester 3, dia dapat offer untuk ambil TESL di Lembah Pantai...

I'm happy for her and she left IIUM Matric....program dia 5 tahun, 2 tahun di New Zealand and 3 tahun di Malaysia..tahun pertama dan ke-2 di Malaysia, tahun ke-3 dan ke-4 di New Zealand dan tahun terakhir di Malaysia semula...

even selepas dia keluar dari matrik, kami masih keep in touch....dan semasa dia berada di new zealand pun, dia masih ingat b'day saya...hantar kad lagi tu...masa dia pulang ke malaysia untuk bercuti pun, dia contact saya dan kami berjumpa...siap bawakan souvenir dari new zealand lagi...

dan tahun lepas (awal tahun rasanya), dia sudah pulang ke Malaysia untuk menamatkan tahun terakhir nye di Malaysia...a surprise from her....dia dah bertunang..

haha..mula2 saya ingat dia main2..yelah, dia ni bukan jenis yang pandang lelaki sangat..sangat fokus pada stadi (even kalau saya tanya siapa brothers yang dia ingat masa dia kat uia dulu, dia tak ingat pun, cuma ada sorang dua yang dia ingat nama tapi tak ingat muka..huhu)....lepas tu dia pun ceritakan hal sebenar...

dia kata die pun tak percaya die dah tunang dan semuanya berlaku dalam masa yang singkat....saya ingin ceritakan kisahnya tapi saya tak minta izin untuk membuka kisah itu, jadi tak boleh lah nak citer banyak2..tapi kesimpulan dari kisah nya itu, jodoh itu semua di tangan Allah, bila sudah sampai waktunya, akan terjadilah ia....bakal suaminya pun bukan orang yang dia tak kenal..dah kenal lama pun...memang tak sangka...

k lah, citer sket je...it happens that her future husband is her eldest brother's fren...kampung sebelah2 je...orite..enuff said....hehe

saya pesan kat dia kalau dia nak kahwin nanti, jangan lupa jemput saya....ketika itu dia pun tak tau bila dia akan kahwin memandangkan selepas dia abis blaja nanti, dia tak pasti ke mana dia akan dihantar...kerja cikgu kan....jadi memang tak tahu sekolah di kawasan mana dia akan di hantar..dia harap di terengganu since dia dari sana but bakal suaminya adalah engineer di shah alam...jauh juga...

sebelum saya fly hari tu, dia sangat busy dengan stadi nya..yelah, final sem kan..kene jadi cikgu pelatih sekola, kene wat kurikulum baru..macam2 lagi..tapi saya terharu sebab dia sanggup luangkan sedikit masa dia yang berharga itu untuk datang ke rumah saya....bagi souvenir juga lagi....

walaupun pada hakikatnya kami takdelah kenal dalam tempoh yang agak lama, tapi cara dia bersahabat tu membuat kan saya terharu....masih ingat kat saya walaupun di mana dia berada....harapnya begitu juga selepas dia dah berkahwin nanti...

apa2 pun, untuk sahabat saya Suhana Ahmad yang bakal melangsungkan perkahwinannya 1 Mei ini, congrats!..semoga berbahagia di dunia dan akhirat dan sentiasa diberkati Allah........selamat menempuh alam baru.....

Saturday, 19 April 2008

a year ago..

di pagi sabtu yang dingin, memandang background dekstop ku, teringat perjalanan kami sekeluarga ke taif ketika menunaikan umrah tahun lepas....

tak sangka, di kawasan tanah arab yang sekelilingnya adalah padang pasir dan cuaca panas terik serta kering, terdapat sebuah tempat yang dingin (ala2 genting highland) dan tersimpan satu sejarah agung junjungan Nabi s.a.w.. selama ni, saya hanya tahu apa yang berlaku di Taif ketika Rasulullah berdakwah di sana, bukannya geografi tempat itu.

Taif terletak kira2 60 batu dari Tanah haram Makkah, lebih kurang sejam jugalah untuk sampai ke sana...lawatan ke Taif ni tidak termasuk dalam pakej umrah kami sebenarnya.sepupu saya mempunyai kawan (mereka berkenalan ketika sepupu saya ini menguruskan jenazah ayahnya di Makkah lebih kurang 2-3 tahun lepas, saya sudah ingat2 lupa tahunnya) yang menawarkan pakej untuk ke Taif. saya pun kurang ingat berapa riyal kunjungan kami ke Taif ni....


adik saya, Wani ketika di dalam van yang membawa kami ke kaki Bukit Taif


antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan..gembala biri2 dan biri2 nya..hmm...biri2 kat padang pasir ni kurang berisi daripada biri2 di UK ni..nape ek?



Untuk sampai ke Taif, ade 2 cara; jalan raya dan cable car. Mula2 kami naik cable car....this is my second time. First time dulu kat Langkawi. Memang berbeza menaiki cable car di Taif ni..pemandangan sekeliling adalah tanah kering dan batu-batan..



dan ada satu lagi tarikan yang dapat dilihat sepanjang kami berada di dalam cable car ni menuju ke atas bukit...menurut penduduk di sini, kami akan dapat melihat jalan yang dilalui oleh Rasulullah ketika baginda menuju ke Taif. hmm....saya percaya perjalanan yang ditempuh baginda dahulu memang tidak mudah memandangkan cuaca yang panas dan juga terpaksa menaiki bukit yang tinggi (saya yang duduk dalam kereta berhawa dingin pun masih lagi dapat merasakan haba nya, apa tah lagi kalau berjalan kaki di luar sana..masyaAllah, tabah sungguh Rasulullah dalam menyebarkan agama suci Allah)



nampak tak zig-zag zig-zag tu...penduduk di sini mendakwa itulah yang laluan Rasulullah gunakan untuk sampai ke Taif



tinggi juga lah cable car ni...rasa seriau juga lah..


hampir sampai ke puncak....





akhirnya sampai juga ke atas...dalam 20-30 minit rasanye masa yang diambil untuk sampai ke atas...masih banyak pembinaan yang berlaku di sekeliling...mereka ingin menjadikan kawasan ini sebagai tarikan pelancong di Taif ini.




Kemudian, kami menaiki bas yang turut disertai oleh Jemaah Malaysia yang lain..saya rasa mereka ini kumpulan dari utara memandangkan ustaz mutawwif mereka memberikan penerangan dalam bahasa utagha..haha..macam pelik pulak..kat tengah2 padang pasir, dapat dengar penerangan dalam bahasa utagha..layan je lah...


kami menuju ke tempat membuat minyak attar......






bunga attar...rupanye macam bunga mawar..bau pun lebih kurang...





me with my sister, aimi dan juga my cousin...padanlah minyak attar yang asli ni mahal harganya...proses nye mengambil masa yang lama untuk mendapatkan jumlah minyak attar yang banyak..proses penyulingan...di belakang kami itulah proses membuat minyak attar ini dijalankan...








di belakang tempat kami bergambar ini lah pokok2 bunga attar..bukan yang nun atas bukit tu..yang terselindung di belakang kami ini..walaupun nampak matahari memancar dengan cemerlang, cuaca ketika ini sungguh nyaman sekali..sejuk je..



Kemudiannye, kami dibawa sekeliling bandar Taif..subhanallah, bunga2 yang menjadi landskap di sekeliling bandar ini sangat cantik...macam2 warna ada..macam kat Europe plak...



kami singgah solat di masjid Abdullah ibn Abbas....hujan gerimis ketika ini..hmm...hujan rahmat memandangkan agak sukar untuk hujan turun di Taif ini, begitu juga dengan Makkah...alhamdulillah....





di dalam masjid Abdullah ibn Abbas






di masjid ini juga terletaknya perpustakaan...insan yang bergambar di antara ayah saya dan adik saya itulah kawan sepupu saya yang bertanggungjawab membawa kami ke Taif ini, Ahmad..tak ingat saya nama penuhnye tapi ada Al-Fattani last2 skali..asalnya dari Pattani tapi keluarganya dah lama menetap di sini...seronok kan dapat tinggal di Makkah...die agak fasih berbahasa melayu walaupun kadang2 susah dia nak cari perkataan yang sesuai..guess what..mereka sekeluarga belajar BM melalui citer P.Ramlee...keskeskes...hahaha....padanlah kadang2 sebutan Ahmad itu ada macam dalam filem P.Ramlee especially citer ala2 arab tu...




Dah selesai semua, makan time!!..hehe...termasuk dalam pakej lawatan ke Taif ini adalah makan bufet di sebuaj hotel di Taif ni...hmm..buffet makanan arab....boleh tahan lah..ade yang boleh dimakan (saya tidak terlalu menggemari makanan arab...especially kambing...hmmm)....tapi saya tak leh telan dessert nye sangat..manis sungguh..huuu.....




muka2 kenyang....but I wonder why I made such that face expression....huhu...layan je lah..




dalam perjalanan, kami melalui sebuah tempat percutian orang2 arab di sini..macam tempat berkelah lah..cumanye bukan di tepi pantai atau sungai...di atas bukit....




Ketika ini masing2 macam dah penat....dari pagi berjalan kan....kami seterusnya dibawa ke tempat yang dipercayai di mana Rasulullah berhenti seketika selepas dibaling batu sehingga darah baginda mengalir oleh orang2 taif.....


dahulunya tempat ini dibuka untuk pengunjung...bekas masjid rasanya tapi sekarang ini sudah ditutup....dikatakan di tempat inilah Rasulullah berehat sebentar akibat cedera dibaling batu...sehingga baginda berasa lemah kerana kehilangan banyak darah...ketika itu malaikat Jibril datang dan bertanya kepada jika baginda mahu beliau menghancurkan taif dengan melagakan dua gunung di situ...Rasullullah yang sangat penyayang dan sentiasa mengampunkan umat itu melarang Jibril berbuat demikian sebaliknya baginda berdoa agar keturunan orang2 taif akan beriman kepada Allah dan menjadi bangsa yang lembut hatinya...kesan doa nabi itu adalah sehingga sekarang...kalau diperhatikan bangsa Taif ini lebih sopan dibandingkan dengan orang2 di Makkah...tak dengar langsung bunyi hon ketika di jalan raya..kalau di Makkah atau di Madinah, memang tak sah kalau bunyi hon tu takde..sekejap hon..kejap lagi hon..huhu....




kami singgah ke Muzium Taif selepas itu...kate pun muzium kan...tau2 je lah ape yg ada di dalamnya..barang2 lama kegunaan orang Taif dan cara hidup mereka....layan lah gambar2 yang saya letak di bawah...








Akhirnya, masa untuk pulang..tapi..sebelum itu kami singgah di souk Taif..macam2 jenis buah ada..dan Taif sebenarnya adalah tempat pertanian untuk buah anggur...sumber ekonomi Taif..dan juga madu....



wani yang sentiasa dengan 'peace' nye...cam rabi-kawaii gak..uhuk...uhuk..




tamatlah perjalanan kami ke taif...kami pulang ke Makkah mengikut jalan raya..jauh juga lah..kami berhenti di miqat (Qarnul manazil kalau tak silap..huhu...) dan berniat ihram...



p/s: waktu di kamera itu adalah waktu Malaysia..harus ditolak 5 jam....

Friday, 18 April 2008

Allah panggil 3 kali sahaja...

sempena hari jumaat yang penuh barakah/keberkatan (boleh dibaca ka-ba-ra-ka-alif-ta-nun macam ummi muhammad adif..kui3) ini, saya telah membuat keputusan (walaupun masih ade beberapa percent yang tak setuju..huhu..konflik dalaman*_*) yang saya harus melupakan trip bersama2 rakan untuk ke spain rabu minggu depan..huaaa....udah2 illi, jangan ditangisi benda yang belum lagi menjadi rezeki kamu---->motivasi untuk diri sendiri...apa2pun, I'm okay dan lega.malas nak fikir lama2..buat ape lah nak serabutkan kepala kan..bende kecik je tu...apa2 pun rabi, kalau berminat, boleh dibincangkan secara lanjut (nyway, nak citer sket plan perjalanan kiteorg ni..hehe..aturan perjalanannye...manchester-->barcelona-->granada-->seville-->cordoba-->madrid.hmm..gitulah...ada sebab kenapa mahu pergi ke tempat2 itu...hehe..ni utk citer je lah kan..)

dah cuba cari orang untuk ganti tapi setakat ni belum ada lagi..adik2 undergrad masih ada klas dan tak lama lagi final exam..hmm..maybe kene tanggung kerugian sket kali ini kot.....

well..well....barang yang lepas usah dikenangkan...ditakdirkan bukan milikku...

sedikit bahan bacaan untuk dikongsi bersama (diambil dari mailing-list tazkirah adik2 mcot):

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....? "

Maklum, ini pertama kali aku berUmrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup .."Keningku berkerut.... .... "Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan ", ujar Ibu.* "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel,Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah,mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, *"Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji .* Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya denganpanggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi,ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji /Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........ Subhanallah. ......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ..... Alhamdulillah. ..

*"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN . * Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung,dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ....... Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..."

*** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat padaAllah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. .... Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...**

---->teringat pada waktu2 ini dalam tahun yang lepas, saya dan keluarga berada di Tanah Suci untuk menyahut panggilan ke-2 Ilahi..Alhamdulillah...pantas betul masa berlalu....dah setahun rupanya....insyaAllah, kalau ada masa, ingin dikongsikan perjalanan saya ke Taif tahun lepas, 19 April 2007....

Wednesday, 16 April 2008

dilema yang tak sepatutnye dicari

mode sekarang--->dilema wanita

jalur lebar di rumah saya sudah ada tapi masih belum stabil. macam biskut...sekejap ada, sekejap takde..sabor je lah kan walaupun kadang2 nak hangin gak...begitulah ciptaan manusia yang tidak sempurna....

setelah membuat plan sejak 2 bulan lepas, akhirnya saya mula masuk lab..chemicals yang saya tunggu berjanggut2 dah sampai tapi masih menunggu satu lagi chemical..call sigma dan diorg kata out of stock dan kene tunggu lagi dalam 2 minggu..penantian yang tiada penghujungnye..huhu..

jumaat lepas, plant cell culture saya selamat tiba dari Bristol. walaupun 2 petri dish yang mengandungi culture itu pecah sket, usaha menyelamatkan berjaya dijalankan......walaubagaimanapun, liquid culture masih dalam keadaan baik....alhamdulillah

jadinya kerja saya sekarang ini adalah untuk memastikan cell2 itu dalam keadaan stabil dan hidup dengan gembira sebelum analysis dijalankan..dalam seminggu dua ni nak kene propagate culture tu banyak2...cuak gak bila datang tiap2 pagi untuk check 'anak-anak' saya tu...yelah, plant ni sangat lah sensitive..aseptic technique penting..silap langkah je contaminate...lagi2 untuk amatur macam diriku..

untuk memastikan saya menjadi 'competent' dalam mengendalikan plant cell culture ni, saya dilatih oleh 2 orang yang sangat baik hati...bekas PhD student Prof Ferda yang kini bekerja sebagai research fellow kat university manchester ni, Tang Chi Wai dan juga Dr Will Allwood, young researcher (beza 4 tahun je dari saya) di Life Sciences Faculty. it's a pleasure working with them..walopun masing2 ade gelaran 'Dr.', masing2 minta saya panggil nama je (hmm..kalo kt mesiadah jadi kebiasaan dan juga jd kemestian kene panggil Dr..kalo tak, boleh jadi isu juga kadang2..huhu)...nyway, tiap2 hari diorg tanye dan sanggup mendaki lab saya yang terletak di level 5 (lif ade, tapi style yang macam dalam kapal titanic tu..saya takut nak naik...lebih rela naik tangga) untuk melihat keadaan 'anak2' saya di dalam lab tu..even, weekend hari tu Chi Wai datang untuk tolong saya transfer culture2 tu...rasa lega bila dengar diorg kate 'they look good' lepas tengok cultures tu..

owh, okies.....jadinye dilema wanita yang saya hadapi sekarang adalah...pasal join trip to spain 23-29 April (rabu minggu depan) bersama2 dgn kawan2 ku di cni..actually kami dh lame plan trip ni. dah book air ticket, accom....booking tu maksudnye dh byr penuh dan ade yg setengah..tapi kite rancang, Allah yang tentukan....saya ingat by this time saya sudah selesai dengan lab work saya memandangkan sudah lama saya rancang kerja2 saya..tapi due to unforseen matters, sumenye tergendala...

sekarang ini saya masih dalam proses mendapatkan culture yang stabil, jadi agak susah untuk meninggalkan mereka dalam masa yang agak lama (seminggu) walaupun sebenarnya plant cell culture ni mengambil masa agak lama untuk grow (kalau saya dah dapat culture yang stabil, tak perlu tiap2 hari saya nak kene datang jenguk)...

hmmm.....saya memang rasa saya patut utamakan research saya (memang pun kan..itulah tujuan sy di sini)..tapi masih ada suara berbisik untuk fikirkan trip ke spain..huhu.....i have to decide by this week so that I can give it up and find sumbody else to replace me....pujukan untuk diri sendiri:"masih banyak waktu aku di sini dan insyaAllah akan ade kesempatan di lain waktu untuk aku berkelana ke Spain, negara yang mesti dilawati di samping Amsterdam (nak baring2 atas bunga2 tulip..ahaks)"..huhuu.....tapi di satu sudut hati yang lain:'punyakah aku kesempatan itu????

aku redha dan pasrah......(itulah dilema yang sepatutnye tak ade..^_^saja nak cari masalah.huu)

my parents 26th Anniversary....

16th April.....Happy 26th anniversary to my dearest ayah and emak.....may Allah shower His Blessings to both of you....miss u guys a lot!!!!

dengan rasa gembiranya, saya dedikasikan lagu di bawah untuk mereka berdua.....happy2 time!!!Semoga berkekalan dan berbahagia dunia dan akhirat..

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur
lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa
Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia
pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat beroleh syurga
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna....^_^
-hijjaz-

Friday, 11 April 2008

have a break!!

Dalam menyelesaikan tugas2 yang patut diselesaikan dan juga mengalami keserabutan fikiran, dapat email dari adik undergrad di sini yang juga sedang bertungkus lumus dengan design project, assignmnt, etc.....untuk menghiburkan hati dan berehat sebentar....kalau tension2, kene take a break jap, jangan teruskan..nanti weng....kui3

Dijemput melihat video ini di link di bawah
http://tv.muxlim.com/video/rBzSepuLXZB

macam2 idea lah dieorg ni kan..... ^_^

Monday, 7 April 2008

Singgah sebentar..

hmm..nampaknya rekod sudah dicatat memandangkan agak lama tak update blog. banyak perkara yang berlaku sepanjang dua minggu lepas yang banyak menguji ketahanan fizikal dan juga mental..huhu...hampir2 weng dan down tapi alhamdulillah dapat kesedaran semula walaupun proses itu agak perlahan dan lambat.better late than never!!


apa2pun, sedikit nota2 untuk rakan2 ku..(sorilah lambat bagi response ye)

>>>>untuk rabi: huhuu..intenet belum ada lagi kat rumah baru tu...ni pun singgah jap kat library untuk check emails..tak biasa sebenarnya menulis blog di tempat selain daripada bilik ku yang aman damai di rumah..takde feeling..hehe..tak pasti bila broadband itu akan muncul di rumah ku..masa mula2 takde intenet, mati kutu jugak..tapi lama2 macam dah ok plak...^_^...dulu2 time undergrad pun bukannye selalu ade intenet kan...

>>>>untuk puan tasha: congrats again! wah, siapakah yang lebih bahagia? puan natasha atau cik illi? kui3...tak yah jeles2 tasha...your time will come and I guess now you are really happy, rite..nyway, beginilah cara untuk kami anak2 perantauan ini meng'happy'kan dan membahagiakan diri. berjalan2 meluaskan pandangan.....kan..kan..kan..

>>>>untuk puan eycah: thanx for the email untuk tanya kabar. terharu ade orang nak tanyakan khabar diri ini..huhu...masih belum sempat nak balas since banyak benda nak btau kat ko..nanti bila broadband itu sudah terpancar ke dalam rumah ku, akan ku reply email itu ya eycah!^_^

well..well..well...sesuai dengan tajuk post di atas, hanya sebentar masa boleh diluangkan untuk menulis kali ini...got to go...nanti2 saya tunjuk rumah baru saya yang comel dan jiran2nya ramai melayu..huhu....chao chin chao!