di pagi sabtu yang dingin, memandang background dekstop ku, teringat perjalanan kami sekeluarga ke taif ketika menunaikan umrah tahun lepas....
tak sangka, di kawasan tanah arab yang sekelilingnya adalah padang pasir dan cuaca panas terik serta kering, terdapat sebuah tempat yang dingin (ala2 genting highland) dan tersimpan satu sejarah agung junjungan Nabi s.a.w.. selama ni, saya hanya tahu apa yang berlaku di Taif ketika Rasulullah berdakwah di sana, bukannya geografi tempat itu.
Taif terletak kira2 60 batu dari Tanah haram Makkah, lebih kurang sejam jugalah untuk sampai ke sana...lawatan ke Taif ni tidak termasuk dalam pakej umrah kami sebenarnya.sepupu saya mempunyai kawan (mereka berkenalan ketika sepupu saya ini menguruskan jenazah ayahnya di Makkah lebih kurang 2-3 tahun lepas, saya sudah ingat2 lupa tahunnya) yang menawarkan pakej untuk ke Taif. saya pun kurang ingat berapa riyal kunjungan kami ke Taif ni....
tak sangka, di kawasan tanah arab yang sekelilingnya adalah padang pasir dan cuaca panas terik serta kering, terdapat sebuah tempat yang dingin (ala2 genting highland) dan tersimpan satu sejarah agung junjungan Nabi s.a.w.. selama ni, saya hanya tahu apa yang berlaku di Taif ketika Rasulullah berdakwah di sana, bukannya geografi tempat itu.
Taif terletak kira2 60 batu dari Tanah haram Makkah, lebih kurang sejam jugalah untuk sampai ke sana...lawatan ke Taif ni tidak termasuk dalam pakej umrah kami sebenarnya.sepupu saya mempunyai kawan (mereka berkenalan ketika sepupu saya ini menguruskan jenazah ayahnya di Makkah lebih kurang 2-3 tahun lepas, saya sudah ingat2 lupa tahunnya) yang menawarkan pakej untuk ke Taif. saya pun kurang ingat berapa riyal kunjungan kami ke Taif ni....
adik saya, Wani ketika di dalam van yang membawa kami ke kaki Bukit Taif
antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan..gembala biri2 dan biri2 nya..hmm...biri2 kat padang pasir ni kurang berisi daripada biri2 di UK ni..nape ek?
Untuk sampai ke Taif, ade 2 cara; jalan raya dan cable car. Mula2 kami naik cable car....this is my second time. First time dulu kat Langkawi. Memang berbeza menaiki cable car di Taif ni..pemandangan sekeliling adalah tanah kering dan batu-batan..
dan ada satu lagi tarikan yang dapat dilihat sepanjang kami berada di dalam cable car ni menuju ke atas bukit...menurut penduduk di sini, kami akan dapat melihat jalan yang dilalui oleh Rasulullah ketika baginda menuju ke Taif. hmm....saya percaya perjalanan yang ditempuh baginda dahulu memang tidak mudah memandangkan cuaca yang panas dan juga terpaksa menaiki bukit yang tinggi (saya yang duduk dalam kereta berhawa dingin pun masih lagi dapat merasakan haba nya, apa tah lagi kalau berjalan kaki di luar sana..masyaAllah, tabah sungguh Rasulullah dalam menyebarkan agama suci Allah)
nampak tak zig-zag zig-zag tu...penduduk di sini mendakwa itulah yang laluan Rasulullah gunakan untuk sampai ke Taif
tinggi juga lah cable car ni...rasa seriau juga lah..
hampir sampai ke puncak....
akhirnya sampai juga ke atas...dalam 20-30 minit rasanye masa yang diambil untuk sampai ke atas...masih banyak pembinaan yang berlaku di sekeliling...mereka ingin menjadikan kawasan ini sebagai tarikan pelancong di Taif ini.
Kemudian, kami menaiki bas yang turut disertai oleh Jemaah Malaysia yang lain..saya rasa mereka ini kumpulan dari utara memandangkan ustaz mutawwif mereka memberikan penerangan dalam bahasa utagha..haha..macam pelik pulak..kat tengah2 padang pasir, dapat dengar penerangan dalam bahasa utagha..layan je lah...
kami menuju ke tempat membuat minyak attar......
bunga attar...rupanye macam bunga mawar..bau pun lebih kurang...
me with my sister, aimi dan juga my cousin...padanlah minyak attar yang asli ni mahal harganya...proses nye mengambil masa yang lama untuk mendapatkan jumlah minyak attar yang banyak..proses penyulingan...di belakang kami itulah proses membuat minyak attar ini dijalankan...
di belakang tempat kami bergambar ini lah pokok2 bunga attar..bukan yang nun atas bukit tu..yang terselindung di belakang kami ini..walaupun nampak matahari memancar dengan cemerlang, cuaca ketika ini sungguh nyaman sekali..sejuk je..
Kemudiannye, kami dibawa sekeliling bandar Taif..subhanallah, bunga2 yang menjadi landskap di sekeliling bandar ini sangat cantik...macam2 warna ada..macam kat Europe plak...
kami singgah solat di masjid Abdullah ibn Abbas....hujan gerimis ketika ini..hmm...hujan rahmat memandangkan agak sukar untuk hujan turun di Taif ini, begitu juga dengan Makkah...alhamdulillah....
di dalam masjid Abdullah ibn Abbas
di masjid ini juga terletaknya perpustakaan...insan yang bergambar di antara ayah saya dan adik saya itulah kawan sepupu saya yang bertanggungjawab membawa kami ke Taif ini, Ahmad..tak ingat saya nama penuhnye tapi ada Al-Fattani last2 skali..asalnya dari Pattani tapi keluarganya dah lama menetap di sini...seronok kan dapat tinggal di Makkah...die agak fasih berbahasa melayu walaupun kadang2 susah dia nak cari perkataan yang sesuai..guess what..mereka sekeluarga belajar BM melalui citer P.Ramlee...keskeskes...hahaha....padanlah kadang2 sebutan Ahmad itu ada macam dalam filem P.Ramlee especially citer ala2 arab tu...
Dah selesai semua, makan time!!..hehe...termasuk dalam pakej lawatan ke Taif ini adalah makan bufet di sebuaj hotel di Taif ni...hmm..buffet makanan arab....boleh tahan lah..ade yang boleh dimakan (saya tidak terlalu menggemari makanan arab...especially kambing...hmmm)....tapi saya tak leh telan dessert nye sangat..manis sungguh..huuu.....
muka2 kenyang....but I wonder why I made such that face expression....huhu...layan je lah..
dalam perjalanan, kami melalui sebuah tempat percutian orang2 arab di sini..macam tempat berkelah lah..cumanye bukan di tepi pantai atau sungai...di atas bukit....
Ketika ini masing2 macam dah penat....dari pagi berjalan kan....kami seterusnya dibawa ke tempat yang dipercayai di mana Rasulullah berhenti seketika selepas dibaling batu sehingga darah baginda mengalir oleh orang2 taif.....
dahulunya tempat ini dibuka untuk pengunjung...bekas masjid rasanya tapi sekarang ini sudah ditutup....dikatakan di tempat inilah Rasulullah berehat sebentar akibat cedera dibaling batu...sehingga baginda berasa lemah kerana kehilangan banyak darah...ketika itu malaikat Jibril datang dan bertanya kepada jika baginda mahu beliau menghancurkan taif dengan melagakan dua gunung di situ...Rasullullah yang sangat penyayang dan sentiasa mengampunkan umat itu melarang Jibril berbuat demikian sebaliknya baginda berdoa agar keturunan orang2 taif akan beriman kepada Allah dan menjadi bangsa yang lembut hatinya...kesan doa nabi itu adalah sehingga sekarang...kalau diperhatikan bangsa Taif ini lebih sopan dibandingkan dengan orang2 di Makkah...tak dengar langsung bunyi hon ketika di jalan raya..kalau di Makkah atau di Madinah, memang tak sah kalau bunyi hon tu takde..sekejap hon..kejap lagi hon..huhu....
kami singgah ke Muzium Taif selepas itu...kate pun muzium kan...tau2 je lah ape yg ada di dalamnya..barang2 lama kegunaan orang Taif dan cara hidup mereka....layan lah gambar2 yang saya letak di bawah...
Akhirnya, masa untuk pulang..tapi..sebelum itu kami singgah di souk Taif..macam2 jenis buah ada..dan Taif sebenarnya adalah tempat pertanian untuk buah anggur...sumber ekonomi Taif..dan juga madu....
wani yang sentiasa dengan 'peace' nye...cam rabi-kawaii gak..uhuk...uhuk..
tamatlah perjalanan kami ke taif...kami pulang ke Makkah mengikut jalan raya..jauh juga lah..kami berhenti di miqat (Qarnul manazil kalau tak silap..huhu...) dan berniat ihram...
p/s: waktu di kamera itu adalah waktu Malaysia..harus ditolak 5 jam....


1 comment:
illi,
rindu tanah suci yerk??hehe
seeing your entry this time,
buat rasa teringin nak mnejejaki tanah suci....ameen
Post a Comment