tika kau lemah, tuhanmu ada untuk kau luah rasa...
tika kau goyah,
kau perlu kuat kerana kau pembawa agama...
tika kau terluka,
kau harus tabah dan sabar menghadapi segalanya...
a friend of mine posted this youtube video in her FB page....so cute and funny, makes me watch it again and again (for me lah..)..hehe...enjoy..(sebelum tonton, sila tutup lagu yang berkumandang sekarang)
Man U team in a classroom learning Bahasa before they tour Indonesia, sponsored by 3. The ad was made by agency wham www.thewhamagency.com. Teacher is Indonesian actress *credit to biscuitcrumb @ youtube
komentar saya: rio ferdinand comel! ;) pakcik van de sar pun same...ok illi, stop playing around! get back to work!...
Wednesday, 22 July 2009
konon2 nk tulis one entry per week..ekeke...tapi hari tu belum habis cakap, kecuali kalau ada hal2 berbangkit..ceh, macam meeting lah pulok...
hari ini adalah hari lahir ayah saya yg ke- tuttt....hehe
untuk ayah ^_^
Di sisi ibu kau setia menanti Lahir anakmu menambahkan seri Bersama aminan memuji Illahi Di telingaku kanan dan kiri
Hari - hari makin mendewasakan Hidupmu tabah penuh kecabaran Dalam mendidik amanah tuhanmu Sabar melayan kerenah yang seribu
Titisan keringatmu menyubur kehidupan Berhujan berpanas tidak kau endahkan Dirimu tetap gigih menuai rezeki Menjadikan mimpi satu realiti
Biar ku tawar wang yang berjuta Biar ku hampar selaut mutiara Tak mungkin membalas segala jasa Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu Curahan kasih tidak kusiakan Mencapai cita jua kejayaan Kan ku bela nasibmu di hari tua
iyer..baik lah sy update ni... zin kate boring lah tiap2 hari bile buka blog ini ternampak 'seharian bermesra dengan hidupan liar', huhu....
sy pun tak tahu nk update ape memandangkan rutin harian sy mmg sama (konon2 sibuk ;p) iaitu memastikan research saya berjalan walopn jalannye itu tidaklah terlalu lancar, kadang2 merangkak jugek, tapi sekurang2nya adalah sesuatu yang saya buat kan
2 minggu lps, adalah graduation day untuk University of Manchester seronok melihat adik2 sudah selesai menamatkan pengajian dan juga beberapa kenalan sy yang akhirnye berjaya menamatkan PhD mereka setelah hampir 4 tahun berjuang....
teringat masa mula2 sy berjumpa dengan mereka, waktu itu saya hampir selesai tahun pertama... mereka juga hampir selesai tahun ke-3 (tapi tak semestinya sudah hampir selesai PhD!) masing2 mempunyai kisah susah senang masing2 memang mengharukan....
tapi rakan saya yang seorang ini mempunyai kisah yang agak mengharukan dia berasal dari asia, specifically dari asia tenggara semenjak dtg ke manchester untuk PhD, beliau tak pernah pulang ke kampung halamannya masa tahun ke-2, beliau mengandung dan selamat melahirkan anak masa awal tahun ke-3 dah beranak, kenalah menghadkan kerja2 di lab begitu juer ketika sarat mengandung.... jadi, dah berehat beberapa bulan di situ kan.. dan sudah jadi lumrah kalau buat eksperimen ini, bukan semuanya berhasil walau berminggu2 dan 24 jam berada dalam lab pun, belum tentu itu hasil yang kita mahukan dengan komitmen2 lain lagi tapi alhmdulillah, berkat usaha gigih dan kesabaran yg saya kira mesti sgt tinggi, beliau dapat menyelesaikan kerja2 lab sekarang tiba masa untuk writing-up pulak
fuh....writing-up a thesis is another part yang menguji mental pula (ya, sy skrg ini sedang memaksa diri menyediakn report untuk tahun ke-2 di samping kerja2 lab...huhu....tolonnnn...) sedang sibuk cuba untuk menulis dan menghabiskan report dalam tempoh 3 bulan kalau tak silap saya (3 bulan adalah masa yg sgt2 singkat untuk menulis segala kerja2 yg telah dibuat selama hampir 4thn), beliau mendapat khabaran yg ayahnya sakit tenat di kampung (kira sudah hampir 4 tahun beliau tidak pulang berjumpa dgn ayah dan ibu nya) kalau ikutkan hati, mahu sahaja pulang ketika itu juga tapi agak mustahil sebab deadline yang diberi oleh school untuk submit thesis sudah hampir.. tambahan pula, kos untuk pulang agak tinggi (lagi2 di tahun2 akhir, fulus memang sudah makin mengering) jadi dengan tabahnya beliau menghabiskan tugasan menulis report (saya dengar selalu juga beliau menangis risaukan keadaan ayahnya) memang rezeki beliau, tarikh untuk viva dapat dipercepatkan. dan Alhamdulillah, beliau lulus with minor correction jadi mestilah dah merancang untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ayah dia tapi apakan daya Allah lebih menyayangi ayahnya hanya selepas 2 hari beliau berjaya mendapatkan PhD, ayahnya kembali ke rahmatullah (al-fatihah) tak sempat beliau nak berjumpa dengan ayahnya saya tak tahu bagaimana keadaan saya kalau saya menghadapi kejadian begitu.. saya tumpang sedih dengan apa yang berlaku (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul)... rasanya macam ayah beliau menunggu untuk beliau dapat PhD dulu dan kemudian pergi menghadap Ilahi
hmm...itu hanya satu kisah dari berbagai2 kisah kwn2 sy kat sini (saya nak pitam bila dengar kisah masing2..huhu) masing2 ada kisah tersendiri dalam memastikan PhD ada dalam genggaman... dan saya juga mulai faham apa yang telah mereka lalui bila kdg2 saya juga melalui keadaan2 begitu.... no pain no gain kan
jadi, saya pun kene lah berusaha lebih lagi dan memerah segala keringat sehingga dah tak boleh perah lagi dan konon2 menyibukkan diri... ekeke.....
nampak gaya macam dalam sebulan, saya boleh tulis 2-3 entry je... takut nanti sy banyak merepek je kalo nk tulis lebih2 tak elok kesihatan minda anda semua dan juga menunjukkan yang saya ni kurang 'stabil' gitu..hehehe... jadi, kenalah kurang2kan enrty.........
hujung minggu ni, seorang lagi teman baik sy kat sini mahu pulang ke malaysia for good seusai selesai masters nye..huhu diri ku ditinggal lagi..... bersabarlah hati......
University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), Manchester, England, United Kingdom
~KeEp BeLiEvinG...KeEp StaYiNG PoSitive.. KeEp On TrYing..KeEP BEiNnG the beautiful person that u r-giving so much hope, love and joy to those around u~