tika kau lemah, tuhanmu ada untuk kau luah rasa...
tika kau goyah,
kau perlu kuat kerana kau pembawa agama...
tika kau terluka,
kau harus tabah dan sabar menghadapi segalanya...
ya... Ramadhan, bulan yang mulia insyaAllah bakal menjelma dalam beberapa hari lagi.. dah bersediakah semua? huhu...tak sabar nk puasa, tapi kan... report nya blum sempurna siap seperti mana yang saya target agak kuciwa dengan diri sendiri...... (*_*)'
bersempena dengan ketibaan Ramadhan ini mohon maaf dipinta daripada anda2 semua.... mari sama2 sucikan hati... semoga diberi kekuatan dan dilanjutkan usia oleh Allah untuk menyempurnakan ibadah selama sebulan... peringatan untuk diri sendiri: cuba jadikan Ramadhan ini yang terbaik di dalam hidup (walaupun begitu merindukan solat tarawih, subuh berjemaah dan juga tazkirah2 dalam bahasa yang 'live' depan mata) selamat lah semua ya ^_^
iklan sampingan:
ketika mencari2 sesuatu dlm inbox email saya, terjumpe satu email...dulu ada scan gambar dan kemudian email kan kt diri sendiri (sbb masa tu thumb drive takde)...pstuh tak ingat dah..ekeke...gambar zaman di masa kanak2 fernleaf (sy bukan kanak2 nespray).....didedikasi untuk rabi-chan juer...sila cari diri anda...(nak tag tak boleh sbb ni bukan facebook..kui3..)
ngeh..ngeh...comotnye I zaman kecik2 dulu..rsnye masa ni darjah 1....kebanyakan dari kiteorg jumpe balik masa kt UIA..keskeskes..mmg UIA adalah tempat reunion budak2 al-amin....layannnnn....
Tuesday, 11 August 2009
Semenjak dua menjak ni ada timbul satu isu yang berkaitan dengan angka tujuh ya ya ya~
tapi pada pendapat saya ada tujuh perkara lain yang lebih dan sgt2 penting untuk dihayati serta diamalkan untuk melahirkan masyarakat yg baik, haruslah dimulakan dgn individu yang baik jgk kan haruslah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya (cakap memang mudah, tapi tak salah mencuba) tak guna nak mengata sesama sendiri ~~~~~~~~~penat dan bosan melihat 'drama2' dunia ini........huhu.....
Dari Abu Dzar ia berkata; “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:
(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka
(2) Baginda memerintahku agar aku melihat orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat orang yang berada di atasku
(3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturahim dengan karib kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku
(4) Aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan La haula walaa quwwata illa billah
(5) Aku diperintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit
(6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah
(7) Baginda melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia.” (HR: Ahmad)
Waallahu'a'lam.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramadhan sudah hampir...... warghh.........tensi sudah kerana target mahu habiskan kebanyakan kerja b4 ramadhan supaya ramadhan nnt tidak terlalu byk masa dihabiskan di depan komputer shj (hhuhu..saya akan cuba..)
"Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang"
syaaban sudah hampir setengah berlalu pantas sungguh masa berjalan InsyaAllah tahun ni dah masuk tahun ke-3 saya berpuasa dan beraya di Manchester (sila pasang lagu dendang perantau....huhu) tahun ni juer puasa nya lagi lama memandangkan masih summer tapi panjangnye masih boleh ditahan lagi tahun depan mesti lagi panjang sebab berpuasa di tengah2 summer..huhuu pasti mencabar
berbalik kepada tajuk di atas hujung minggu lepas, saya yang tidak sedarkan diri (workload sangat banyak sampai kalau tidak tabahkan diri, boleh jadi meroyan..ekekeke), pergi menghantar kawan saya yang sudah selesai masters nya pulang ke Malaysia mengapakah diriku begitu rajin untuk ke Heathrow dan London yang penuh sesak di kala penularan H1N1 yang makin berleluasa? (ya Allah, peliharalah kami semua dari penyakit itu)
pertama, sebab memang saya nak hantar...huhu kedua, saya mahu berehat sebentar (ini konon2 sebab rasa sudah berusaha terlalu keras tapi sebenarnya belum lagi) ketiga, kwn2 saya nak pergi ke stamford bridge dan emirates stadium, jadi disebabkan saya sudah pergi dan London juer sudah hampir menjadi rumah ke-4 selepas Manchester (rumah pertama adalah Taman Melati, yang ke-2 adalah Morton Lab...hehe) mereka pun mengajak saya turun ke London saya pun layankan saja.......
selamat pulang dan tahniah untuk shireen saya takdelah kenal lama sangat dengan dia tapi saya rasa kami cepat 'ngam' disebabkan byk persamaan antara kami antaranya kami adalah pencinta kucing (Shireen adalah tuan si bubu. kami kenal pun bila Shireen minta kami jaga bubu bila dia balik malaysia tahun lepas) dialah teman saya pergi demo dari manchester hingga ke london dan juga program2 yang melibatkan palestina kami tak kisah kalau belanjakan duit untuk makanan, tak kisah berapa banyak pun habis, asal kami dapat makan dan mengisi perut selalunya aktivit hujung minggu kami adalah makan besar...huhu kami mempunyai citarasa yang sama kalau nak beli beg dan juga lain2 lagi.. selamat maju jaya untuk shireen, kalau dia boleh sambung PhD kat manchester lepas ini lagi bagus
begitulah adat dunia kan orang datang dan pergi dalam hidup kita
flight shireen adalah pada hari ahad tapi hari sabtu, saya dan 2 orang kawan berjalan2 dahulu di london membuang masa (sebab itu kata saya tidak sedarkan diri)..huhu.. mereka mahu ke 2 stadium itu, jadi saya pun bawalah mereka ke sana
saya bukan lah peminat pasukan tuan rumah emirates stadium, tapi saya suka naik emirates untuk pulang ke malaya......bila mau pulang ni????
cuaca di hari sabtu memang sungguh indah untuk dinikmati....langit dan awan begitu menawan, subhanallah...bukan senang nak dapat langit sebegini di manchester, bumi yang sentiasa mendung dan hujan..
saya juga bukan peminat pasukan 'biru' ini..tapi kalau dapat jadi pengurus, saya mahu semua pemain menyilang kaki seperti saya ketika mengambil gambar pasukan..ekeke...takde kijo..
Big ben dan British parliament di kala senja...kawan saya beria2 minta kami stay sampai malam sebab nak ambil gambar bandar london di waktu malam...baiklah
london eye dan london aquarium di depan sungai thames..
london bridge dari jauh.....
gambat tower bridge adalah wajib kalau orang dtg london ni..konon2 tanda mercu utk london...
okies kawan2, sudah2 bergambar... mari check-in travelodge.....saya sudah pancit ni..hehe...muka penat giler....mana tidaknya, kami bertolak dari manchester jam 6.25 pagi dan sampai london jam 11.oo pagi...kemudian terus jalan2 kat london sampai 11 malam sambil menjadi backpakers (size kecil)...keskeskes.....
ini cerita pada hari ahad...owh..gambar atas ini adalah O2 arena, tempat yang sepatutnya MJ buat performance yang dijadualkan Julai lepas....
betapa excitednya melihat penerbangan ke Malaysia kat papan heathrow airport....saya kata kat diorg kalau ada jualan tiket murah di saat akhir yang menawarkan harga serendah 50-100 pound, saya confirm beli dan balik terus...passport pun dah ada dalam beg.....ekeke.....tapi harapan je lah kan nak dapat semurah itu..MAS itu harga tiket nya selalu mahal....
owh...inilah cik shireen yang sudah selamat sampai malaysia dan makan ayam goreng hot n spicy KFC...huhu..saya jeles! mahu whipped potato KFC (-_-)'. muka ku nampak tak bermaya...penat konon2.....
Setelah melihat2 semula, entry kali ini menggunakan bahasa sahaja.. (walaupun ada terselit beberapa kata pasar dan inggeris) kenapa? sebab saya sudah penat baca bahasa orang asing ini.. penat!
University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), Manchester, England, United Kingdom
~KeEp BeLiEvinG...KeEp StaYiNG PoSitive.. KeEp On TrYing..KeEP BEiNnG the beautiful person that u r-giving so much hope, love and joy to those around u~