Monday, 14 January 2008

European Capital of Culture 2008

Menjawab kepada persoalan saudari Natasha, bagaimanakah keadaan di Liverpool ni..hmm...cuaca hampir sama dengan Manchester.tapi secara jujurnya, Manchester lagi happening lah...hehe...serioulsy Liverpool ni macam sepi...walaupun saya suka suasana tenang, Liverpool tak memenuhi citarasa saya...ahaks...suka2 hati je nak komen kan....begitulah pandangan saya ye Natasha..^_^

Untuk tahun 2008, Liverpool telah ditabalkan sebagai 'European Capital of Culture'...hmm...rasa2nya macam2 aktiviti akan diadakan di sini. so, maybe tahun 2008 akan menjadikan Liverpool sibuk sikit..banyak lagi construction yang sedang dijalankan untuk menyambut acara ini.

Sya-z membawa kami ke rumah junior2 nye...(untuk pengetahuan semua, Sya-z ni memang dikenali di seluruh UK ni sebab dia sangat aktif dengan aktiviti2 student di UK ni....sebab itulah senang nak dapat tempat untuk stay kalau dia pergi mana2...saya dan rabi' pun tumpang sekaki..ahaks...bangga kami ada kawan terkenal macam nih..kui3)....sambung balik citer...

adik2 ni duduk di hall/hostel di University of Liverpool. seronok je tengok diorg berlima ni...bilik rehat dan dapur diorang siap ada TV yang besar...macam kat rumah plak kan...adik2 ni masak lasagna sardin yang sedap...susah2 aje kan...adik2 Liverpool yang baik hati..walaupun baru pertama kali bersua muka...

Borak2..berkenal2an..makan2...tak sedar waktu pun berlalu..selesai menumpang solat zohor dan asar, kami pun bergerak...melihat di sekeliling University of Liverpool (university yang patutnye Tasha pergi...tapi tak jadi...hehe..sedikit gambar2 Uni ni)


kawasan university agak lengang sebabnya semua sedang menikmati winter break kan...macam kami juga....


Destinasi seterusnya adalah Anfield...ya....Liverpool punye stadium terletak di sini...bila kami sampai di situ, jam hampir menujukkan 4.30 petang...kwang2...di UK ni, pada hari Ahad kebanyakan kedai tutup jam 4.30 petang...kedekut betul...tak sempat nak masuk kedainya...nak masuk ke Stadium dan stadium tour pun kene bayar macam nak masuk Old Trafford nye stadium..harga pun lebih kurang...jadi kami ambil gambar dari luar je....menandakan sudah menjejakkan kaki ke Anfield...kui3...

seni mengambil gambar...sampai terseliuh urat tengkuk nak tengok....from left....sya-Z, me, rabi'....

siapakah orang yang telah dijadikan patung ini? hmm....tak tahulah ye..

"Anfield-You'll Never Walk Alone"....inilah tagline untuk pasukan Liverpool..ada sapa2 kah yang minat sama Liverpool ini?

Rupa2nya ada satu lagi football team yang letak bersebelahan dengan Liverpool ini...Everton...hmm...tak pernah ku tahu mereka ini berjiran....boleh tahan juga lah stadium nya...

Everton- The People's Club..iyer ke????hmm...nampak tak sebijik kereta dalam gambar atas ni? inilah kereta yang membawa kami dari London-Cardiff-Liverpool...milik Sya-z...



we've been to Everton's stadium!!!! hehe...


Disebabkan sudah tiada tempat untuk dilawati pada hari Ahad ini, kami pun bergerak ke tempat penginapan kami di Liverpool ini...asalnya kami akan bermalam di rumah sebuah keluarga yang sya-z kenal. tapi tuan punya rumah nya pulang ke Malaysia pula..(bestnya balik Malaysia..huaaa...sob..sob)....jadi mereka mencadangkan kami untuk menumpang sebuah rumah berdekatan....rumah orang yang sudah berkeluarga juga..heheh..suka2 je nak tumpang di rumah orang yang tak kenal....

Puas juga nak cari rumah ni..tapi actually dalam university of Liverpool punya area juga..sebaik sampai ke tempat parking...kami pun menghubungi tuan punya rumah yang kami akan tumpang untuk bermalam....nama suami nya saya tak ingat tapi nama isterinya saya ingat... kak Tina...peramah kak Tina ni...muda je lagi..diorg ade 2 orang anak....Aina yang baru berusia 4 tahun dan Alifah yang baru berusia 3 bulan kot....kecil2 dah sampai UK....

husband kak Tina ni Lecturer UPM dan sedang buat PhD in Control System and Robotics. Kak Tina pula sebelum ni di Malaysia adalah seorang cikgu...padanlah gaya cakap ada macam cikgu..mereka baru je sampai bulan 10 lepas...

seronok berbual2 dengan kak Tina ni.....malam tu dia dah sediakan nasi berlaukkan kari ayam dan sayur bendi goreng...pagi esoknya plak dia dah siapkan nasi lemak bersama ayam goreng....dalam sibuk2 menguruskan anak2 yang masih kecil, masih sempat lagi nak menyediakan makanan untuk kami semua...terharu nya...actually nak tunjuk gambar family yang baik hati ini, tapi gambarnya ada pada kamera sya-z saja...belum dapat nak transfer lagi...nanti kalo dah dapat, post lain kali...

Agenda pada 31 Disember 2007.....melawat Albert Dock....ni memang kawasan pelancongan di Liverpool.semua ada di sini....senang..tak payah jalan jauh2....

sign board yang menunjukkan tempat2 yang ada di Albert Dock ni....




The Beatles story...untuk peminat setia the Beatles ini adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi...ada exhibition dan kedai menjual cenderamata....untuk student, fee untuk exhibition dalam 6 pound...memandangkan kami bukan lah meminati Beatles dan tidak terlalu ingin mengetahui sejarah the Beatles ni, kami hanya pusing2 di kedai cenderamata nya...sesungguhnya Liverpool sangat sayangkan the Beatles..airport di Liverpool pun namanya adalah John Lennon Airport....tapi, mengapakah John Lennon? bukan Paul McCartney ke?..hmm....


next, Maritime Museum.....banyak tunjuk history Maritime di Liverpool ini..aktiviti laut memang popular di Liverpool memandangkan Liverpool ni terletak bersebelahan dengan laut. Dan rupa2ya Titanic didaftarkan di bawah sebuah syarikat di Liverpool. ada satu section yang didedikasikan khas untuk Titanic.


Antara gambar2 yang ada di dalam kamera saya...banyak gambar kiteorg di dalam kamera sya-z masa ni...bakal doktor tu tengah busy sekarang kat hospital..belum sempat nk bagi gambar2 kat kami...





antara benda yang menarik minat ku....Nazi...wakaka...


satu lagi yang menarik di Liverpool adalah Mersey Ferry. Dengar cerita dari orang2 yang pernah naik ferry ni, memang menarik dan cantik pemandangan yang dapat dilihat...memandangkan next ferry pada jam 12-12.50, tak dapat lah kami nak merasa pengalaman naik ferry tu kali ini....sebabnya coach untuk saya dan rabi' pergi ke Manchester adalah pada jam 1 petang..so memang tak sempat..... (tapi sebenarnye ferry ni boleh ke Manchester.....dalam sejam lebih je perjalanannya...Liverpool dan Manchester adalah berjiran..takpe, saya masih ada peluang nak naik ferry ni ^_^)


Akhirnya, jalan2 makan angin saya habis juga...sya-z meninggalkan kami di Liverpool coach station. selepas ni kembali ke Manchester...seronoknya pulang ke tempat asal..dah penat jalan2.kembali ke Manchester untuk menjadi tour guide Rabi' sebelum dia pulang semula ke London dan seterusnya ke Nigata, Nihon untuk memulakan pembelajaran semula... fighting!!
**nanti kita jalan2 kat manchester pula ye...

No comments: