Thursday, 10 January 2008

Salam Maal Hijrah 1429

1 muharram detik permulaan
perkiraan tahun Islam hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Makkah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perjuangan
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
untuk sepanjang zaman



haa..hehe..siap ada logo lagi...terngiang2 nasyid ini di otak tiba2...dah ingat2 lupa sebenarnya...tapi di kala duduk berseorangan ni, kugagahi juga untuk mengingati setiap bait kata dalam nasyid ini...harapnya betul lah kan...ahaks....dah lama kan nasyid ni...rasanya dari time sekolah2 dulu....kiranya membesar dengan nasyid ni juga lah....

apa2 pun, salam maal hijrah dari saya di sini untuk semua......tertarik saya dengan satu artikel yang saya baca....beberapa ayat dalam artikel ini telah di ubah untuk memudahkan pembacaan...renungan untuk diri saya sendiri dan juga sesiapa yang sudi membaca nya...


Tahun hijrah adalah tahun yang dikira dari Hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi menurut ulama' ertinya adalah lebih dalam lagi iaitu "Perpindahan dari perkara-perkara kekufuran kepada perkara-perkara yang diredhai Allah SWT."

Sudahkah aku jauhkan diriku dari segala kekufuran?

Sudah hijrahkah aku?
Sedangkan aku masih sering menangguhkan solatku, kerana lebih mementingkan pekerjaanku, program TV, membaca buku, tidur…
Bila aku bersedekah masih ada perasaan berat dalam hati, masih ada prasangka kepada yang menerimanya.


Dan juga masih sedikit, umpama sebutir garam di lautan… masih kuhitung rezekiku, padahal kan rezekiku itu sudah Allah tetapkan untuk ku…
Membaca Al Qur’an? masih lebih banyak aku membaca majalah atau membaca buku.
Puasa sunnahku masih jarang dan selalu harus diingatkan.
Qiyammul Lail ku? masih belum kudapatkan kekhusyu'kan itu…
Dan sampai hari ini, masih belum dapat kusenangkan hati kedua orang tuaku, dan masih kubebani mereka dengan kewajiban mereka terhadapku.


Ya Allah, Kau ciptakan Manusia termasuk aku, dengan penuh kemuliaan, tetapi setelah ku tercipta, ku jalani hidupku dengan kealpaan.
Ya Allah, aku memang tidak semulia seperti pada saat Kau ciptakan aku, tetapi apakah aku dapat terus berusaha untuk mendapatkan kemuliaan itu kembali di hadapanmu nanti di akhir hayatku?
Ya Allah berilah aku kesempatan untuk memperbaiki diriku ini dan lebih dapat mendekatkan diriku padaMU


Dalam lisanku sering ku ucapkan bahwa Kaulah satu-satunya yang aku sembah, tetapi dalam kehidupan seharianku Kau sering ku tinggalkan untuk sembahan yang lain, dunia..
Astaghfirullah..
Ya Allah, jangan Kau murka pada ku, jangan Kau tarik hidayah Mu…Aku tak kan berdaya sekiranya aku mendapat KemurkaanMu dan juga kehilangan Hidayah Mu....



dan juga sempena tahun Hijrah yang baru ini, ahli keluarga saya bertambah lagi...Alhamdulillah...makin banyak lah nama nak kena tahu dan hafal ni....yang ada sekarang ni pun dok puas nak diingatkan...huhu.....kali ini saya dapat anak sepupu...^_^ baby girl..tahniah untuk abang sepupu saya, abang Farabi dan isterinya, kak Jehan Safura yang telah dikurniakan anak perempuan..sedap nama anaknya Aida Qistina Syuhada. dah cukup sepasang..yang pertama namanya Adam...nama penuh saya tak ingat...kui3...ni gambar Aida yang baru lahir. kecil je....saya culik gambar ni dari blog Iqah kazen illi (iqah, kak elly dah minta izin tau kat dalam blog Iqah..hehe...)


No comments: