kat Malaysia, sambut labour day
saya pun tak ingat sampailah saya dapat message dari adik saya, Wani
time tu tgh lalok2 sebab dah ngantuk
kat malaysia pukul 6 pagi rasanya
adik saya kata dia ade kat surau (erk...dalam surau pun boleh bagi2 sms..uish2..bdk2 skrg..kui3)
dia kate dia ngantuk..huhu
saya pun terfikir nape pulak dia pergi surau
bukan patutnya siap2 pergi sekolah ke
selalunya kalau pergi surau2 pagi2 ni, time weekend je
fikir2 balik..owh...cuti rupanya...
Selamat hari pekerja untuk semua pekerja2 di Malaysia ya ^_^
(saya ni kira pekerja lah kan...nak jugak..)
Hari ni kat UK ni pula adalah hari mengundi
entahlah..saya pun tak faham sebenarnya
dan sebenarnya kiteorg ni pun kene mengundi
undi pemimpin untuk kawasan yang kami tinggal
masa di rumah lama dulu, ada orang datang untuk daftar undi ni
agaknya sebab kami dah pindah, jadi tak dapat confirmation tempat untuk mengundi
jadi.....
tak payahlah pergi mengundi...kwang3..
lagipun entah sape2 ntah yang jadi calonnya
tak sempat saya nak ambil tahu
lagipun malas nak ambil tahu
kat negara sendiri pun, saya masih belum mengundi
ni nak mengundi kat negara orang pula
huhu...bia' pi lah....malas nak layan
dan hari ini juga, selamat lah seorang lagi rakan saya menamatkan zaman bujang
Tahniah Suhana dan suami
nikah dan kenduri di rumah perempuan berlangsung hari ini
saya pun tak pasti kenapa dilangsungkan hari khamis
hmmm....
apa2 pun semuanya dah selamat ^_^
dah bulan 5 pulak ye
huhuu...
awatlah kejap sangat ni
sesak nafas ni...fuh...fuh..fuh...
banyak nak kene kejar ni
hari ini jumpa Prof Ferda
minta dia isikan progress form untuk saya hantar ke UIA
komennya sungguh memberangsangkan
rasa macam tak lah bagus sangat sampai macam tuh
alhamdulillah...hati senang dapat s/v yang begitu caring dan considerate
hati senang, kerja pun boleh dilakukan dengan tenang
tengah bulan 6 ni, Prof Ferda nak gi Malaysia
ada kerjasama projek dengan siapa entah
huahuahua..sonok2.....
Prof Ferda siap offer lagi kalau ada nak kirim apa2 untuk famili
hmmmm..bagus juga
dan lebih bagus kalau famili saya boleh kirim barang ke sini
kui3.. (tanduk dah keluar..toing..toing)
tapi seganlah nak minta Prof Ferda tolong bawakan barang2
dia pun nak gi Malaysia bukan jalan2 kan
untuk kerja
hmm....tengok lah camne
sempena bulan May ni juga....ada beberapa birthday wishes
untuk kenalan2 dan famili saya
ramai juga yang lahir bulan May ni
penat perah otak nak ingat semula
"Mereka yang bakal bertambah umurnya bulan ini:"
6 May-Atiyyah--->lepas ni dpt sewa kereta murah lah sket kat manchester ni kan since dah qualify untuk young driver..hehe
7 May-Abg aji---> dah lama tak ber'ym' dengan dia..sibuk beno dgn research agaknya..
12 May-adik gue Wani--->ingat..tahun ni PMR..belajar betul2 baru kak long bagi apa yang dijanji.....kui3..jgn mare...
23 May-rakan al-amin, Nadrah---> walaupun saya takdelah rapat sangat dengan dia, tapi disebabkan ramai yang b'day nye dlm 20hb, dia pun termasuk dalam senarai yg saya ingat..
24 May-rakan al-amin ku juga, mahirah---> selalu ingat b'day saya dan juga before saya fly, siap datang rumah tapi jumpa dalam kereta dia je sebab die pakai baju rumah je..haha...beria2 dia suruh bawa buah tangan yang dia bagi ke manchester juga...
25 May-Tun Ir Muiz--->sudah lama tak mendengar khabar berita...blog pun dah lama tak diupdate..semenjak habis pilihan raya hari tu, busy sungguh YB kita ni ek..
26 May-adik gue lagi sorang, Aimi--->selamat menempuh alam prektikal..hehe..rasalah macam mana berhimpit pagi2 dan petang2 kat dalam LRT tu..huhu
30 May-Suhana Ahmad--->nampaknya tahun ini agak istimewa since dapat raikan bersama2 dengan suami tersayang ^_^
rasa macam ada lagi je yang tertinggal tapi dah tak larat nak fikir.......Selamat hari Lahir semua...semoga mendapat keberkatan umur..semoga berjaya di dunia dan akhirat...semoga gembira dan tenang2 selalu di bawah rahmatNya..ameennn.......


2 comments:
ari kamis... sbb... malam jumaat... sunat... hehehe... ;)
tu mungkin sbb nye..tapi actually majlis nye tengah hari smpi petang
heheh..bukan khamis malam jumaat
Post a Comment