Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: "ya tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" [3:190-191]
Setelah berjaya membiasakan diri dengan cuaca sejuk yang memenatkan otot2 melakukan pengecutan, spring pula memunculkan diri. Suhu sekarang ini sudah mencecah 24-27 degree celcius....memang sedap2 gitu cuacanya..matahari pun dengan cemerlangnya memancarkan cahaya nya. dah lama tak merasakan bahang bila disimbahi cahaya matahari..(cewah....berbunga2 pulak ayat aku ni...)
apa2 pun , yang seronok adalah tidak perlu lagi memakai baju berlapis2...selapis pun sudah cukup....dan yang lebih seronok dan membuatkan hati berbunga2 adalah apabila melihat bunga2 indah dan daun2 yang tumbuh di sekeliling...Subhanallah, tenang sungguh hati melihat keindahan alam terutama penat2 balik dari lab.....
pokok2 yang sebelum ini 'togel' mula menampakkan daun dan bunga2annya sekali...rumput2 pun tak ketinggalan 'mengeluarkan' beberapa jenis bunga....tak sangka rumput pun mahu menyertai pesta bunga ni...
dan juga sangat teruja melihat bunga kesukaanku, bunga tulip tumbuh di kaki2 jalan..bermacam2 jenis..waaaaaa........teruja sorang2....nasib baik lah diri ku ini bukan lah seorang yang menunjukkan ekspresi diri dengan jayanya..masih lagi mampu dikawal perasaan teruja itu....kwang2.....
dalam kegembiraan dan keterujaan itu, tak dilepaskan peluang untuk merakamkan berbagai2 jenis bunga yang sebelum ini saya tak pernah melihat dengan mata kepala sendiri....bunga2 yang dapat dilihat sepanjang perjalanan saya dari city (tempat turun bus) ke university...

kiri ke kanan:bunga tulip di depan lab saya...huuu...seronok melihat bunga tulip tumbuh dgn banyaknya di sini..selama ni tengok dalam gambar je; 1st time tengok bunga ni...di tepi school saya je...huhu...

kiri ke kanan: another tulips with other types of beautiful small flower....; tulip di kaki2 jalan.....huuuuu....

kiri ke kanan: bunga2 pink dan biru ini sungguh comel kalo dilihat dari jarak dekat; ada iras2 bunga raya kan bunga ni?

kiri ke kanan: satu daripada 3 jenis bunga yang tumbuh di atas rumput..bunga2 rumput yg comel....; dulu pokok2 ini 'togel' je...skrg ni lain2 warna daunnye...memang menarik...

gambar bunga ini diambil di Snowdonia, North Wales sewaktu trip saya dengan adik2 MCOT hr tu....
Eryn and Atiyyah serta Azraa yang selamat kembali setelah seminggu berada di Spain pun berkongsi gamba2 mereka sewaktu di sana hari tu....rajin atiyyah dan eryn menceritakan perjalanan mereka dari hari pertama sehingga lah pulang semula ke Manchester...huhu..mcm2 pengalaman diorg dpt....bahasa yang berlainan (orang spain ni tak berapa fasih cakap english..jadi kalau mahu pergi Spain , haruslah mengetahui perkataan2 basic dalam perbualan seharian..paling tidak pun bawa buku bahasa Spain), berjumpa dengan orang2 yg pelik dan bermacam2 ragam, menarik beg di tengah2 city, sesat.....etc.....
anyway, few pictures antara tempat2 yg mereka pergi dan tempat yang sudah tergambar dalam fikiran saya.....insyaAllah satu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke sana juga...
Alhmabra yang sungguh indah...at an angle, the size of the reflection of the building from the water is the same with the actual one..amazing isn't? sungguh bijaksana orang yang mereka bangunan ini
Kanan: Nun di belakang Atiyyah dan Azraa kelihatan salji di atas gunung di situ....indah sungguh....suhu di spain ketika itu lebih kurang 25-27 degree C...Kiri: Alhambra dari jauh...nak masuk kawasan Alhambra dan kawasan sekelilingnya kene beratur panjang since hanya 1000 orang yang dibenarkan masuk dalam sehari..dan mereka ini beratur sejak jam 6 pagi lagi...dan kebanyakan pengunjung adalah orang2 mat saleh...
di sebalik gembira menaiki kereta kuda mengelilingi city ni, ada satu kisah yang tak akan dapat dilupakan insan2 ni...kui3....
minggu selepas balik dari Spain...mereka ini masih tak puas jalan2...ajak saya gi Trafford Centre plak dan kiteorg makan di sebuah restoran Latin dan Italian food, Las Iguanas..keskeskes.....itulah makanan yang kiteorang makan..mula2 ingatkan banyak..rupanya macam makan utk starter je..kiteorg yg makan banyak ni mana cukup...huhu..lepas tu gi makan donut kat Krispy Kreme pulak..(rabi, inilah makanan yg kiteorg makan yang tak kenyang tu...terkulat masing2)
Dan sekarang ini malam nya adalah pendek....maghrib kol 9 mlm, Isya' kol 11.30 mlm dan subuh masuk kol 2.45 pg..kol 5 suku pagi matahari dah memunculkan diri....huhu..menguji keimanan betul....(emoticon mata berpinar2)
4 comments:
haha...
NIHON-subuh je kol 2 lebih
Maghrib-6.45
Isha'-8.20
lain sungguh geografinyer.
Neway,Lawanyer bunge2 tuh...(ehem2. lawanye spain..hokhok)
sungguh sikit makanan anda...kalau ana,mau perut bunyi2 lagi lepas makan..haha
heheh..byk lagi gambar spain diorg yg lawa tp xleh lah nk memenuhkan blog ana ni kn..
bunga2 itu mmg lawa rabi..geram2...
ooo...cik illiey ni ada taste jgk dgn bunga ek..huhu. ingat x layan benda2 camtu..hik hik;-))
hahaha....walopn cik illi ini bukan lah minah jiwang2 sgt tp taste perempuan itu masih ada ye....but i can't resist tulips. just can't take my eyes off them...tiap2 hr msti tgk bunga tulip kt kedai walopn xbeli..kui3...kt mesia jrg dpt tgk bunga tulip ni..jd kenelah tgk puas2 kt cni....^_^
Post a Comment