Wednesday, 22 April 2009

berakhirnye percutian, kembali ke alam realiti
selamat sampai manchester kol 11 mlm semlm
selepas hampir 14 jam dalam flight..
sampai umah...
si putih samdoll sedia menyambut saya
dgn mata yg lalok2 dan mamai2...huhu..comel..
terasa nak unpack bag tp disebabkan harus pergi ke lab awl2 pagi, terpaksalah tangguhkan
jadi terus tido, pagi2 bgn..gi lab
byk bnde nk buat ni...
s/v saya pn dh tak sabar2 tunggu saya balik...
mcm2 bnda dia dh email kt saya..huhu..layann..

macam2 bnde nak cerita kat sini
tapi tak sure bila dpt diceritakan

anyway, terima kasih kepada host2 saya di nihon:


thanx to rabi sbb jadi agen percutian saya...walopn busy nk hantar thesis dia next week



thanx to Bro Firdaus jugak sbb jadi host kami di kyoto walopn ada presentation



and lastly to cik adik anis yg sudi menumpangkan kami di tokyo....

terima kasih anda2 semua yang menjayakan percutian saya...
Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 anda.....
jemputlah datang ke Manchester plak ye....

Sunday, 12 April 2009

up up and away

selamat tinggal manchester
dan tumbuhan2ku di lab

berjumpa lagi nnt.....

fly...fly..away.......

ya Allah, permudahkan perjalananku..Aameennn..

p/s: rabi, dah bersedia ke? ^_^

Sunday, 29 March 2009

seminggu berlalu lagi
dan dah berminggu saya tak merepek kat sini..

pada satu masa yang lepas, ayah: blog dah update ke?
saya:hehe...takde benda menarik nak cerita lah...rutin kehidupan same je untuk beberapa minggu lepas...masuk lab, balik rumah, lab...umah..lab..uni...gitulah..nak citer ape kan...

walaubagaimanapun, minggu lepas mungkin ada kelainannya
ade beberapa perkara menggembirakan.....

1) akhirnya, VC uni of manchester telah meluluskan beberapa tuntutan dari 'occupied students'.....rundingan masih diteruskan untuk memastikan beberapa lagi motion yang telah diluluskan akan dilaksanakan....usul pertama yg diluluskan adalah berkenaan penghantaraan alat bantu belajar dan mengajar e.g perabot kepada University of Gaza yang turut musnah dibedil IDF awal tahun ni...dan awal bulan 5 akan datang, 'fundraising week' akan dianjurkan bagi mengutip derma untuk tabung DEC..alhamdulillah, at least ada sesuatu yang boleh disumbangkan dan ada hasil nya dari usaha keras pelajar yang telah meng'oocupied' uni campus lebih dari sebulan....

2) akhirnye juga, setelah melalui pelbagai rintangan, Viva Palestina Convoy telah selamat sampai ke Gaza.....perjalanan yang bermula secara rasmi dari London (tapi secara tak rasmi bermula dari manchester...) dan melalui beberapa buah negara dari 3 buah benua yang disertai lebih kurang seratus buah kereta, 1 buah kereta bomba, bot yang mengandungi bantuan makanan, perubatan etc yang disumbangkan oleh penduduk UK mengambil masa 2 minggu untuk sampai ke Gaza....bukan mudah untuk merentasi hampir 8 negara. saya mengikuti progress mereka dengan penuh rasa berdebar kerana ada saja masalah yang mereka hadapi (masalah pertama mereka bermula selepas beberapa jam berlepas dari manchester...9 org dari pemandu convoy telah di tahan di bawah akta pengganas tetapi dibebaskan beberapa hari selepas itu...apakah??? tapi atas semangat mereka, dapat menyambung semula perjalanan dan menyertai convoy ini) .dengan masalah kat sempadan,lagi2 kat Rafah sana kan..tapi berkat usaha gigih dan doa dari semua, bantuan2 tersebut selamat juga sampai..semua kenderaaan ang menyertai convoy ini didermakan ke penduduk Gaza dan peserta2 convoy dihantar pulang ke UK dengan flight.....more info bleh tgk di sini... Viva viva Palestina!

3) Kegembiraan yang paling besar adalah berjumpa dgn ayah pada weekend lps....yeay! ayah singgah semlm di London atas urusan kerja...jadi saya pun menyibuk2 jgk....kui3.....thanx emak atas barang2 yg dikirim dan juga unexpected gorgeous bracelet...luv it! ^_^ dapat jln2 dgn ayah kt london tu..shopping2....mmg seronok smpi esk nye saya jatuh sakit seorang diri di london..kui3...ayah naik flight ke malaysia pada hari ahad jam 6 tapi saya stay satu malam lagi since ada urusan pada keesokan harinya...apa2 pun thanx ayah sbb blanja hotel kt london tu....hehe..dengan free breakfast masa hari isnin tu.......

baiklah...get back to work! haruslah berkerja keras untuk 2 minggu ni sebelum ke projek yg lebih besar..wink..wink...Ya Allah, permudahkan lah perjalananku........

~spring sudah mari, tapi masih ada snow yang tak nak pegi..huhu..encik haba, tolong lah datang...dah tak tahan sejuk ni~

Saturday, 7 March 2009

occupation di sana sini

di samping menghabiskan masa berbelas2 jam di dlm lab terchenta (yang belum tentu dpt hasil yg memberangsangkan..hehe)...
saya turut menyibukkan diri ke aktiviti2 lain
yeah..sy rasa thn ke-2 ni byk sungguh perkara2 yg berlaku
terutamanye tentang Gaza...
isu yg makin hangat
walopn ramai org kate...'bukan dh behenti serang ke?''
huhu....mn ade penah behenti..sila baca berita ya...

dan protes2 di sini masih berterusan....
everyday vigil kt depan BBC tu masih diteruskan (komited sungguh mereka ini, dah hampir 2 minggu lebih sy tak dpt join sbb bertapa di lab)
walo hujan, snow, dh gelap, mereka masih tegar meneruskan vigil tersebut...

dan protest merebak ke Universiti2 di sekitar UK plak
hampir 30 university mengadakan 'occupation' di university mereka sebagai tanda solidary dgn Gaza dan agar pihak university memenuhi tuntutan mereka
King's college di London telah berjaya memastikan pihak uni memenuhi tuntutan mereka selepas 12 hari 'berkampung'
Stracthclyde uni berjaya hanya selepas 22 jam menjalani 'occupation'
dan Uni of Manchester????

huhu...kami masih belum btol2 berjaya walopn selepas hampir 31 hari menjalankan occupation
degil sungguh VC ini (dan sebenarnye beliau penah membuat onar di uni beliau berkhidmat sblm ini....even student2 dr uni kt sana turut menyokong tindakan kami..keskeskes)
bermulanye 'occupation' di UoM...

4 Feb 2009: Action Palestine UoM menganjurkan emergency general meeting (EGM) bertujuan meluluskan usul2 tentnag isu Gaza..syarat utk EGM ini diteruskan adalah perlu cukup korum 500 students....malangnya usaha kuat dan murni mereka telah disabotaj oleh student2 pro-z****** yg menguasai kebanykan jwatan2 penting Student Union....memang rasa sedih masa itu...jadi, kami bersepakat untuk berjumpa terus dgn VC dan di sinilah occupation bermula (teruja melihat semangat2 student2 non-muslim yang beria2 mengetuai occupation ni...)

jemput tonton video di bawah (credit to fusefm)....this video tells everything




seminggu lepas itu....Action Palestine sekali lagi memanggil EGM ke-2...puas hati sungguh melihat lebih 1000 students menghadiri EGM ini..(saya cpt2 habiskan keje lab dan trus pegi ke meeting ni....rugi woo kalo tak pegi...mana bleh bg student2 pro-z****** ini menang skali lagi)...

semasa meeting ni, byk je helah diorg...nak ammend usul ni lah..nak ammend usul ni lah....berikut adalah motion yg action palestine letak untuk diusulkan ke pihak Uni utk tindakan lanjut:

THIS UNION RESOLVES
1. To support a day of fundraising for humanitarian relief for Gaza, with all proceeds to be given to the Disasters Emergency Committee (DEC).
2. To pressure the university to send surplus academic supplies to the students of Gaza on the February 14th Viva Palestina convoy, and to organise through the Union to provide logistical support for the collection of this aid.
3. To join the global Boycott Divestment and Sanctions (BDS) movement by divesting from Israel and boycotting all companies that support or benefit from the Israeli occupation and lobbying the University to adopt a similar BDS policy towards Israel, and to build links with student unions and other trade unions who adopt a BDS policy.
4. To condemn the university for its lack of progress in divesting from arms companies and ending all research in weapons manufacturing. And to adopt a stronger approach with the university on this issue.
5. To send a letter to the BBC condemning their refusal to air the DEC appeal for Gaza, and to place the appeal advert in Student Direct, and on the home page of the UMSU website, until the appeal is closed.
6. To send a message of support to occupations around the country that have shown solidarity with the people of Gaza, condemned the Israeli attacks and opposed the siege of Gaza. To materially support non-violent occupations undertaken by university of Manchester students.
7. To send a public message of solidarity to the Islamic University in Gaza, whose campus has been virtually destroyed, and publish it in Student Direct.
8. To pressure the university to give full scholarships to Palestinian students as resolved at the March 2007 general meeting, as well as providing full scholarships for Israelis who have refused to serve in the IDF. As part of this the Union will furthermore forge concrete links with Israeli students, activist groups and military conscientious objectors that oppose the Israeli occupation and its recent attacks on Gaza. And to adopt a stronger approach with the university on this issue.
9. To declare unequivocal support for the occupation so far as it keeps the current demands, remains non-violent and maintains its intention not to disrupt the education of peers. To support and aid the occupation in its negotiations with the university. To support all students and staff so far as they face any repercussions.

antara ammendment yg pihak bertentangan minta adalah to mention yang hamas adalah terrorist...huh..itu je lah modal diorg..xde benda lain...bila diundi lebih 2/3 tak sokong any ammendment dibuat/ditambah....(alhmdulillah, ini kemenangan pertama)..kalo ikutkan bermacam2 ammendment yg diorg nk buat sampai pengerusi EGM kata 'we are going to stay here until tomorrow if this continues'...kui3...jadi undian dibuat sekali lagi untuk teruskan ke motion atau ke cadangan2 ammendment (mmg byk je ammendment yg pihak lagi satu nk buat tentang usul2 di atas..huh)...spt tadi, 2/3 sokong teruskan ke usul...alhmdulillah!

masih tidak berpuas hati, mereka2 ini buat usul baru yg sy rasa agak 'weng'.usul mereka: tukar pengerusi. ya Allah..apakah mereka ini..memang merepek...skali lagi undian dibuat..2/3 tak setuju usul utk replace the chair...(tau2 aje lah kan sape kah yg 1/3 itu)...

masih tidak berpuas hati, mereka dgn biadapnye keluar beramai2 dari dewan dan mendakwa tak cukup korum utk diteruskan EGM...

ape2pn itu sudah tidak dikira sbb EGM dah lama start..manakan plak tak cukup korum..isk..isk...bijakkah?

dengan ini diisytiharkan usul Action Palestine di atas telah diluluskan...alhamdulillah..memang rasa sgt lega slps kekalahan kami pada minggu lps....dengan lulusnya usul2 ini, bermakna akan dibawa ke pihak admin uni utk tindakan lanjut...tapi perjuangan masih belum selesai....

lagi video untuk ditonton (credit to danielrcn @youtube)....



malangnye...beberapa minggu lps tu, masih tidak ada apa2 dilakukan oleh pihak uni..VC masih enggan berunding..mcm2 syarat dikenakan...beliau jg menggugut pelajar yg menyertai occupation akan dikenakan tindakan...

occupation diteruskan di salah satu bangunan berdekatan dgn admin building...sempena hari ke-29 occupation, national student demo-in solidarity with occupation in UoM telah diadakan (yeah..kali ni pn saya cpt2 habiskan keje lab utk pergi)......

sila lihat video di bawah (credit to fusefm)..(kali ini muka saya ada masuk sedikit..kui3..selama ini mengelak je dari ape2 kamera semasa demo, protest etc..kali ni tak terlepas plak..layan aje..tapi tak perasan sgt kot..hehe)



berita terbaru: VC dah bersetuju nak negotiate dgn occupiers Isnin ini......we'll see how it goes...adakah beliau akan memberikan byk alasan spt yg sblm2 ini...

WE'RE STUDENT UNITED, WILL NEVER BE DEFEATED!
WE HERE BECOZ WE LOVE PALESTINE!

saya juga suka dgn idea kreatif mereka menukar logo UoM ni



kpd ini...keskeskes



dan occupation ini turut mendapat sokongan dari beberapa persatuan NGO, academic staff (mereka ini yg kdg2 bagi bekalan makanan kepada occupiers) dan juga restoran2 berdekatan...serta mendapat liputan media massa.....

untuk mengikuti perkembangan occupation in UoM, sila klik di sini..

doakan usaha ini berjaya..
FREE FREE PALESTINE!

Wednesday, 25 February 2009

adakah samdoll faham bila kita baca quran

Samdoll (dibaca 'semdoll'..ahakss) adalah penghuni baru rumah kami
baru masuk rumah kami last week
nama pendeknya sam
nama panjang samdoll
siapakah samdoll?

yeah...seekor kucing jantan dengan bulu putih
cam tak macho plak kucing jantan bulunye putih kan...hehe
sepupu saya yang ambil kucing ni setelah dikenal pasti tiada tuannye
kat UK ni, cara nk kenal pasti kucing adalah tak bertuan (in general lah..):
1-bile kita panggil, kucing tu datang
2-bile kite datang dekat, kucing tu tak lari mencecet mcm kebanyakan kucing kt sini
ade logiknye di situ sebab kalo kucing yg dh bertuan ni, diorg sombong banyak sbb dh kenyang kan...kalo yg terbiar ni, mereka mungkin dtg sbb ingt kite nk bagi makanan..
logik???

Samdoll yang terpegun dengan flash kamera..sampai teleng2 kepalanya..

berbalik kpd title entry ni
semalam,
samdoll dgn muka kesiannye duduk di luar pintu bilik air iaitu bersebelahan dgn pintu bilik saya...
selama ni, samdoll duduk kt bawah je time kiteorg tido
sepupu saya tak nak bagi samdoll naik sbb nanti takut masuk bilik dan duduk atas katil..
anak dia alah dgn bulu kucing (tapi sgt suka kucing..kesian kan)
saya ni tak sampa hati nk biarkan samdoll terus-terusan buat muka kasihan dan tidak dilayan,
jadi, saya pun biarkan dia masuk bilik saya

lepas solat, saya baca al-quran
then, samdoll duduk depan saya...
dan tengok muka saya dgn pandangan yg dlm..
dalam hati, samdoll ni faham ke ape yg saya baca
ke samdoll nk cakap saya baca salah..huhu
nak kata merdu sangat bacaan saya, takdelah jgk
saya baca dgn nada rata je
takde nak tarik2 ke, buat lagu ke...kui3
dari awal saya ngaji smpai dh habis, die duduk je kt atas sejadah kt depan saya
isk..isk
lalu saya ambil gambarnye


macam nilah pandangan Samdoll masa saya baca quran..tak taulah pandangan ape ni..

sampai saya dah tutup lampu
samdoll masih berteluku di atas sejadah
dia pun nak beribadah kot..
tup..tup....samdoll lompat atas katil saya
terkezut gue...
spt yg dijangka, baik punya samdoll landing atas kaki saya
huhu...
kalo comel, boleh tahan jugak
ni besar..lenguh kaki ku
kite gerak2 kaki pn die duduk tang tu gak
keputusannye, malam tadi saya tak dapat tido dgn lena
dan lenguh kaki
keskeskes...
pukul 5.30 pagi baru die turun cari makanan...
ceitt....saya dah nak kene bangun, die baru nak bangun
kalo ikutkan nk qadha' tidur dengan lebih lama...
tapi hari ni nk kene gi awal kat lab plak..
terpaksa lah menabahkan diri bangun...

itulah..kisah kucing yang buat muka kesian sbb nak tido atas katil
mula2 dengar kita baca quran
lepas tu buat kaki bantal die plak
ni gambar samdoll dalam gelap, dalam posisi kuak lentang yang bahagia dan gembiranye...
huhu...layannn....nasib baik diriku pencinta kucing...


samdoll yang membuatkan tidurku tak lena...

Thursday, 19 February 2009

bersempena hari kelahiran ibuku ^_^

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......
lamer nye saya menyepi (dari 13 Muharram sampai skrg ni dah 23 Safar..isk2, agak melampau di situ)
sampai shout box pun dh kene hijack dgn orang nk promosi vcd dan entah ape2
cisss...gue dh padam msg2 tu, tapi tiap2 hari ade je balik
ni yg nk kene hambur..tak berminat langsung dgn vcd2 diorg tu..
actually,
bukan niat nk menyepi lama2
tapi spt yg diketahui, byk komitmen yg menuntut perhatian ku
ada beberapa mission yg sy perlu accomplish utk bulan februari dan mac ni
jadi bekerja keras dan menabahkan diri adalah ciri2 yg sedang dipupuk skrg ini
kalo tak, diriku akan hanyut bersama2 sang pemalas dan sang malas nk layan..huhu
dan at first actually i wanted to ground myself for these 2 months not to update my blog
hehee
tapi macam impossible plak
i've got lots of things to tell
so many things happened in the last 2-3 weeks...

and since today is one of special days in my life
i've decided to menulis sebentar di blog ini....

oh, terima kasih kwn2 yg dok suruh sy update
thanx rabi yg salu tanye kabar saya...
saya tahu die di nihon tu pn ada byk perkara yg perlu diselesaikan
thanx to bro nazri and encik ainuddin too.....
well, here i am, after a while..

Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk mengucapkan
Happy 52nd b'day to my dearest mother nun di taman melati
Semoga sentiasa di bawah lindungan yang maha Esa...
Semoga segala kegembiraan yg ada adalah milik mak (haha..tamak plak rasa)
Thanx for everything
Allah sahaja yang dapat membalas jasamu
dah 52 tahun umur mak saya,
tapi rasa macam masih 40-an..ahaks (tak nak ngaku diri sendiri pn makin tua jugak...)
semoga saya diberi kesempatan untuk membalas jasa2 mak dan ayah ^_^
miss all of u!!!!!!!!


my mum (in brown tudung) and wanie-shi! (wani, betul tak kak long eja ni? haha)

tahun lepas saya dedicate lagu 'mama' utk mak saya
tahun ni tak tahu nk dedicate lagu ape
maybe mak bleh cari lagu yg mak suka dan aggap lah it is dedicated to u..muahaha

okies....
cukup untuk kemunculan saya hari ini
insyaAllah paling awal, pada awal bulan depan, saya cuba buat kemunculan yg lebih kerap
hehe..
macam muncul kt tv plak
have a nice day!!

p/s: maaf di atas 'rojak' nye bahasa saya dlm entry ini...jelas menunjukkan bagaimana 'rojak' nye juga fikiran saya skrg ini...adios amigos!

Tuesday, 13 January 2009

weekend of demo

Sabtu, 10 Jan 2009: Dari Manchester ke Hyde Park, London

1. Akhirnya masa yang ditunggu2 tiba....coach bertolak seawal 7 pagi dari Manchester. Kalo tak silap hampir 6 buah coach dari Manchester yang sama2 menyertai demo marching to Israeli embassy...sejukssssss betul..huhu..tengok weather forecast, London memang sejuk membeku..brrr...

2. Kebanyakan penumpang yang ada dalam couch saya adalah british2 yang mewakili Manchester Stop War society....sungguh berkobar2 mereka ini..siap pakai 'kafeyya' Palestin tu and all the way to London, mereka sungguh khusyu' berbincang mengenai isu Gaza ni...sungguh komited..kagum saya...

3. Kami sampai di London dalam jam 11 lebih......Hyde Park sudah dipenuhi dengan manusia..macam2 golongan, macam2 rupa, tak kira apa agama dan bangsa....



bendera macam rainbow tu adalah bendera golongan2 sejenis..mereka pun turut sama2 menyertai bantahan terhadap zionist ni.


4. acara bermula dengan ucapan speaker2 jemputan selama sejam..antaranya bekas pemimpin Britain, celebrities (annie lennox??), dan half-sister isteri Tony Blair..all speeches were very inspiring and my fave sentence was "this is not about muslim vs jews, it's not about islam vs jewish but this is all about humanity! stop the genocide and holocaust now..and this is why we are all here!"

5. semakin ramai yang datang...nasib baik kami antara yang terawal...masih nampak lah stage kt depan tu walopn kecik je nampak speaker2 nye..tapi rasa terhimpit2 jugak lah...dah lah kecik je...diorg ni sume tinggi2..adeh...tenggelam2..



6. selepas sejam, marching ke Isreali embassy pun bermula....kali ni lagi riuh...sume orang pn nak ke depan...what a big crowd..people came from over the place in UK..

7. Cuaca yang menggigit2 tulang terutamanya jari tangan dan kaki tidak menghalang sume orang untuk menyertai national demo ni..



8. Dalam kami menuju ke Israeli embassy, snowflakes turun..wah........snow rahmat..London kan jarang snow..lepas snow dah turun ni, sejuk tu kurang lah sket..alhamdulillah..


ini muka orang tengah sejuk + tak sangka dapat rasa sedikit snow di London + tak sangka berada di dalam hampir 150, 000 crowd (they claimed this is the biggest demo for Palestine ever in the Britain's history)

9. Sampai berdekatan dengan Isreali embassy, langkah semakin perlahan...sume orang berhenti dan melaungkan kata2 meng'condemn' Israel..despite ade barisan polis di hadapan gate tu, few people managed to get through and panjat tembok sambil mengibarkan bendera Palestin...



10. Saya dapat sampai ke tengah2 crowd..fuhh...memang sesak.bertolak2an..orang2 yang berdiri atas tembok embassy tu membakar banner yang tertulis Israel mengundang sorakan dari semua orang...siap ada yang bawa kasut dan melemparkan ke arah embassy....


11. berlaku sedikit pertempuran dekat depan tu..kami yang kat tengah ni ditolak2 ke belakang..huuu..inilah yang paling tidak diingini..we hope that this rally will end in peace without any violence kan...tadi penganjur pun dah pesan, kalo dah berada di depan israeli embassy tu jangan lama2 sgt berhenti..bagi laluan kepada ribuan orang yang kt blakang tu...kalo ikutkan hati, memang hangin je duduk kt depan embassy ni lama2..

12. akhirnye dapat juga saya keluar dari crowd yang berhimpit2 tu....fuh....masa tengah berjalan mengikut laluan yang ditetapkan, berbelas2 anggota polis sedang berlari2 ke arah embassy sambil membawa perisai diorg..cam dalam filem plak..ahaks..ramai yang dok menjerit2 ke arah polis tadi: "shame on u! shame on u!"....keskeskes..



13. kirenye kami berarak mengelilingi Hyde Park yang besar ni...saya pun tak tahu kat mana saya jalan sampailah ternmpak tempat yang mula2 kami start berjalan tadi..akhirnye...



14.lebih kurang dua jam jugak kot berjalan.dari kol 1.30-3.30 ptg...di stage tadi tu, beberapa org speaker memberikan ucapan.....


15. di masa ketika ramai berkumpul di depan stage mendengar ucapan dari speaker2 jemputan, beribu2 lagi orang masih sedang berarak...

16. jam 4.30 ptg, kami kene berkumpul semula utk ke couch utk pulang ke manchester..nasib baik pakcik tu dah bagi map utk tnjk kt mana berkumpul..dah gelap2 dan bersesak ni, susah nak cam tempatnye....

17.sepatutnye coach bertoalak jam 5 ptg..tapi ade beberapa orang penumpang yang masih takde lagi..sesat kot..

18. tunggu punye tunggu, akhirnye mereka tiba...diorg kate ade riot and polis tutup beberapa laluan...hmm..berlaku jugak riot.sorang polis pengsan, beberapa orang cedera dan cermin starbucks pun jadi mangsa...pecah berderai..

19. Alhamdulillah, kami sampai ke Manchester dalam jam 10 mlm......(otot2 perut dah sakit...)

kalo nak lihat citer2 dan video2 masa demo hari tu, boleh klik di sini.

Ahad, 11 Jan 2 009: Demo Pro-palestine vs Pro-Zionist

1. Asalnya orang2 pro-zionist yang merancang untuk melakukan perhimpunan di tempat kami berkumpul minggu lepas di manchester (di London, mereka juga melakukan perhimpunan ini di Trafalgar Square)

2. Jadi kami pun merancang untuk berkumpul di tempat yang sama juga pada hari tersebut (mendebarkan juga)..

3. Bila saya cakap dengan parents saya yang saya nak pergi ke counter demo ni, mereka agak risau...hehe..saya tau batasan saya....kite bukan nak cari gaduh kan, cume nak menyedarkan mereka ape yang mereka perjuangkan tu jauh tersasar dari kebenaran..semoga mereka diberikan petunjuk..huhu....sebenarnya saya teringin nak tengok apakah yang akan mereka tulis di banner2 mereka tu...

4. masa mula2 sampai berdekatan dgn kawasan tu, saya tak nampak pun kelibat bendera palestine dan banner2 seangkatan dengannye....yang saya nampak sekumpulan manusia memegang bendera menyampah tu dengan polis yang siap berkawal di sekeliling albert square ni..fuh..pakai banyak polis tu..takut jugak mereka sebenarnye kan...

5. satu perkara yang saya tak boleh lupe..masa saya naik bus dari cheetam hill menuju ke city center, ada sorang makcik ni memandang saya dengan pandangan yang begitu membencikan...dalam hati, saya dok tanya, aku ni ade buat salah dengan die ke? memang saya perasan die pandang je saya sepanjang perjalanan tu..sampai lah die turun..dalam masa saya dan kawan saya duduk merisik2 di mana kedudukan org2 pro-palestine yang lain, saya terserempak dengan makcik ni..ahaha....keskeskes....masa saya lalu di sebelah dia, saya dengar die cakap kat kawan dia, 'i saw her in the bus..blabla..' rupa2nya makcik ni org2 yg nk gi perhimpunan pro-zionist ni...die hangin tengok saya dan kawan saya kot..kui3..kiteorg pakai 'kafeyya' palestine tu, siap dgn masing2 ade badge kt baju..dan kawan saya kebetulan pegang banner:stop massacre in gaza..no wonder lah bagi pandangan maut kan..haha....tapi memang saya rasa agak berdebar masa sampai city tu..rasa macam sume orang tengok kami je....masa kiteorg lalu kt dpn strabucks pn, hampir sume orang bagi pandangan semacam..huu....

6. akhirnye saya nmpak orang bawa bndera palestine dan banner di satu sudut berseberangan dengan perhimpunan pro-zionist tu.polis berkawal di dua2 belah pihak....thanx to police sbb tak halau kami..sebenarnye, pro-zionist ni dh dapat permit nk buat perhimpunan, kami ni dengan berani nye datang buat perhimpunan jugak..nasib baik tak kene halau kan..

7. ..sambil diorg berhimpun tu, kami pun melaung2kan: shame on you, terrorists!, free free palestine, down down Israel dan yang seangkatan dengannya...


8. tak lama pun diorg berhimpun.. (ape je yang diorg nak cakap kan?? keskeskes) kitoerg stay situ sampai diorang pergi.......bile diorg mula bergerak je, kami menjerit: 'go home, terrorist!'....

membara je tgk diorg punya poster dan bendera..ada satu poster tu diorg letak gambar kanak-kanak palestin yang dah terkorban dan tulis kt situ "children scarifice"..apekah???????? children were victimised! kebanyakan banner diorg ditulis: "Hamas is terrorist"

9. yang paling tak tahan, ade 4 orang makcik2 tua ni berjalan ke arah side kiteorg...boleh je kan nak ikut jalan lain..sambil jalan tu, ade sorg tu siap tunjuk bendera zionist sambil cakap 'chase me, chase me'..memang saje nk provoke kiteorg kan...ape lagi, few people pun nak kejar lah diorg tu....polis pun cpt2 datang...makcik2 tadi tu pn mencecet lari...diorg tahu polis ada kan, sebab tu berani buat mcm tu...fuh..alhamdulillah takde riot...

10. selepas hampir sume orang pro-zionist tadi beredar, kami pun beredar..puas hati jugak lah sebab bukan ramai yang datang pun...BBC plak penipu besar! diorg kate ade 2000 orang pro-zionist yang datang, dan 150 orang anti-zionist...2000??? mimpi lah...walopn saya ni tak berapa pandai utk guess crowd, ramai yang kate org2 yg hadir tak cukup seribu pun, nak kate 500 ratus pn susah...hampeh betul BBC ni..bila lah nak sedar???????????

SELEPAS DEMO, APE??

hmm...ade orang tanya, korang demo2 ni, dapat ape? sakit otot perut sbb menjerit, kering anak tekak, kejang2 jari kaki dan tangan?

melalui demo ini, macam2 info yang kite dapat...tujuan demo ini pun bukan sekadar memecah kan anak tekak menjerit2, tapi untuk membuatkan orang lain sedar akan isu ini...dan juga menunjukkan bantahan kite terhadap zionist...dengan menghadirkan diri setiap hari untuk vigil di luar BBC tu, semakin banyak info yg selama ni kurang jelas, dapat dijelaskan..lagi2 saya pun tak punya begitu banyak masa untuk membelek setiap news....(perjuangan menuntut ilmu pun sama penting..itu tujuan utama saya berada di sini).

dan...banyak lagi usaha yang boleh dilakukan..hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan.....

berdoa, infaq (berbagai cara sudah dah disediakan..takde alasan lagi..), boycott! (ade kebaikan juga lah saya ni buta brg2 branded yang kebanyakannye dari US tu...saya jugak tak suka minum ape2 yg kaitan dgn coffee ni, jadi takdelah heran sangat dengan starbucks tu)...dan yang penting cuba cari info2 tentang palestine ni...macam mana kita mencari mcm2 rujukan untuk belajar, begitulah juga untuk isu ini.......kita bukan hidup seorang di dunia ni dan tidak mungkin kita dapat hidup berseorangan tanpa orang lain..hari ni hari mereka..hari kita???????

~Palestine will be ours back one day!~

Friday, 9 January 2009

luar biasa.......

sepanjang minggu lepas dan minggu ni
banyak benda yang agak luar biasa (bagi saya kot........)
Suhu adalah melampau2 sejuk luar biasa
siang2 suhu kurang dari 1 degree C
malam2 ada kawasan yang hampir mencecah suhu serendah -12 degree C
memang tahap tak tau nk cakap ape..

disebabkan suhu yang jatuh serendah itu di waktu malam
maka, tidur saya pun agak luar biasa
selalunye letak je kepala dah boleh terlelap
tapi sebab sejuk sgt, hampir jadi insomnia plak...huhu
terguling sana, terguling sini, pusing sana, pusing sini
dok tang tu gak.....
bila waktu tidur jadi luar biasa
nak bangun pun jadi luar biasa susahnya....
hopefully suhu luar biasa akan menjadi biasa sedikit tak lama lagi
otot2 pun dah tak boleh mengecut..
tahap pengecutan dah semaksima habis......takut ter'over' kecut, nanti dah tak boleh mengembang semula..eekkkkkk..ade ke?

dengan cuaca sejuk yang luar biasa ni
alhamdulillah..saya cuba utk hadir ke everyday vigil to protest against Zionist di luar BBC...
jam 5.30-6.30 ptg mmg luar biasa sejuk..
dan juga luar biasa utk saya berada di luar rumah selewat ini (bagi saya) di waktu winter2 sebegini..
sebab jam 4 ptg sudah gelap..apetah lagi jam 6, waktu isya' pun sudah masuk
selalunya saya tak berani untuk balik terlalu lewat seorang diri...

tapi disebabkan melihat makcik2 dan pakcik2 mat saleh(dah pangkat nenek dan datuk sebenarnye)
yang luar biasa gigih datang setiap hari berdemo, vigil, bagi leaflet kat orang ramai
saya rasa takde alasan utk saya tak hadir juga...
jadi haruslah memberanikan diri sedikit balik lagi lambat dari biasa..
kalo time summer, balik kol 8 mlm mmg tak jadi masalah since hari masih cerah...
tapi sirius, kagum melihat luar biasa dedikasinye makcik2 dan pakcik2 mat saleh ini memberikan sokongan terhadap vigil ni
berdiri selama sejam dalam keadaan sejuk luar biasa,
jari2 kaki dan tangan saya pun jadi 'numb' walopn dah pakai glove dan stokin yang tebal
keskeskes......

insyaAllah esok kami akan bergerak ke London untuk menyertai National Demonstration: March on the Israeli embassy.....
last week dalam 5000 orang yang menyertai demo di Manchester ni
dan dengar kata nya ada dalam hampir 20000 yang berada di London minggu lps...
hopefully cuaca tidak lah terlalu luar biasa di London tu...brrrr......


dalam semua orang sibuk menyertai demo menentang Zionist yang kejam ni..
ade pulak insan (insan ke?) yang cuba mengadakan demo pro-zionist plak (luar biasa?)
apakah?? anak sape lah ni kan...memang luar biasa dari yang biasa....
tapi padanlah muka diorg...hari rabu hari tu diorg cuba buka booth utk tujuan ini tapi since tak dapat sambutan, terpaksalah ditutup...muahahaha
hari Ahad ni, diorg nak buat secara besar-besaran di tempat yang sama kami buat minggu lepas..
kite tgk camne....ramai ke yang nak sokong diorg ni?
dan ahad ni juga, kami akan mengadakan perhimpunan di tempat yang sama....
adakah sesuatu yang luar biasa akan terjadi?? hmm.........

dan...
dah tak mampu mendengar berita2 dari Gaza....
beratus2 terkorban, tercedera....
sekadar meminjam kata2 dari seorang adik di sini: Kemenangan yang abadi telah pun bersama pejuang Palestin. Menang atau terbunuh, Allah sudah janjikan tiket ke Syurga, direct flight lagi. Adakah kita hanya tengok saja pesawat berlepas, seolah-olah kita pun dah confirm ada tiket?Cuma takut terkulai di darat sebelum sempat naik flight lagi..


teruskan berdoa dan boikot Israel....
~sabar, usaha, doa, tawakkal, yakin....insyaAllah, sesuatu yang luar biasa akan menjelma~

p/s: bape banyak perkataan 'luar biasa' agaknye dalam entry kali ni? haha...xde keje..

Monday, 5 January 2009

Gaza..Gaza..don't u cry, we shall never let you die!

Sabtu....3 Jan 2009
hampir seluruh bahagian UK mengadakan demonstrasi memprotes serangan Zionis ke atas Gaza sejak hampir seminggu yang lepas
kalo tak silap saya, hampir 21 tempat di UK mengadakan demo ini
termasuk di Manchester, Leeds, Sheffield etc
dan di London mereka mengadakan National demo and rally.....

dah lama sebenarnya saya ingin menyertai demo2 untuk Palestin sebegini
cume belum ada peluang....
alhamdulillah, tercapai juga hasrat....
peluang sebegini mmg rugi kalau disia2kan
apatah lagi demo ini tidak dihalang oleh pihak polis dan juga pemerintah2 di sini
(that's what we call kebebasan bersuara!)
malahan mereka banyak memberikan bantuan ketika demo dan rally ini dilangsungkan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal....

jam 12 tgh hari, kawasan All Saints Park sudah mula dipenuhi....
sume peringkat umur ada dari baby yang tido di dalam stroller sehinggalah atuk yang memerlukan tongkat untuk berjalan...
muslims and non-muslims sume berhimpun di sini
dengan satu tujuan yang sama...
atas dasar perikemanusiaan......
dan saya juga tertarik bila melihat golongan kaum sejenis turut sama menyertai demo dan rally ini
lihat bagaimana mereka semua mengenepikan kepentingan diri sendiri untuk sama2 menentang kekejaman zionis
perbezaan agama, politik bukanlah penghalang!
tepuk dada, tanya selera...



memandangkan waktu solat zohor masuk jam 12.10 tgh hr
kaum muslim menunaikan solat zohor secara berjemaah dahulu di park ini
memohon pada Allah agar diberkati apa yang bakal kami lakukan dan perjuangkan nanti....
cuaca yang sangat sejuk bukan penghalang..
sepanjang demo ini berlangsung, kami semua berada di bwh suhu kurang dari 2 degree....
itu bukan alasan untuk tidak menyertai demo ini....
saudara2 di Palestin itu lebih sukar keadaannya
dah tiba masanya untuk kite semua keluar dari 'zon selesa' kita selama ini....


selesai solat
sume berkumpul..
mendengar bicara beberapa pemimpin dan figura2 di manchester (even pelakon drama terkenal di manchester ni pun turut sama berucap!)
selesai ucapan...
langkah diatur memulakan laungan...
banner2...bendera palestin dikibarkan.....
macam2 perasaan ada ketika ini..
bersemangat....sebak...marah....

antara laungan2 bersemangat yang kami laungkan bersama sepanjang rally ini:

Free..free...PALESTINE!

1,2,3,4....occupation no MORE!

5,6,7,8...Israel is a terrorist state!

From the river to the sea, Palestine will be FREE!

no justice, no peace!


Kami berjalan menuju ke city centre...
sebelah laluan dari Oxford Road sampai ke city centre ditutup dan dikawal oleh polis bagi memberi laluan kepada kami semua...
sambil melaungkan ungkapan2 tadi
hampir kering anak tekak ni...
hidung pn sudah mula berair...
cuaca pun bertambah2 sejuk....
salah seorang dari mereka yang mengetuai laungan ini sudah hampir kehilangan suara
namun beliau masih tetap bersemangat


Berhenti seketika di BBC dan melaungkan kata2 supaya BBC lebih bersikap adil dan transparent serta menyiarkan secara tepat ape yang sedang berlaku di Gaza


Boikot Starbucks!



sedar tak sedar lebih kurang 1 km kami berarak
final stop adalah di Town Hall
di mana sudah tersedia sebuah stage
ucapan2 bersemangat diberikan beserta perkembangan2 terkini di Gaza...

Alhamdulillah, mass rally ini berakhir dgn aman...
demo ini akan diteruskan lagi selama sejam setiap hari mulai Isnin, 5Dec....
I wish I can do more than this to help the Palestinians..
doa, infaq...insyaAllah moga lebih baik dari tidak berbuat apa2, apa entah lagi mengambil peduli...

kisah2 lain Gaza demo di UK, boleh baca di: London, Sheffield.....acara membaling kasut di UK

dan hari ini, Zionis telah melancarkan serangan darat pula ke atas Gaza....ya Allah, teruskan memberi ketabahan dan kesabaran kepada rakyat2 Palestin..........AllahuAkbar!



Gaza..Gaza..don't you cry..We shall NEVER let you die! Free PALESTINE!

antara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu:
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.
2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpalestin.org
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
4. Menyebarkan maklumat2 kepada semua umat Islam

ayuh! kalau bukan kita, siapa lagi.......