hampir seluruh bahagian UK mengadakan demonstrasi memprotes serangan Zionis ke atas Gaza sejak hampir seminggu yang lepas
kalo tak silap saya, hampir 21 tempat di UK mengadakan demo ini
termasuk di Manchester, Leeds, Sheffield etc
dan di London mereka mengadakan National demo and rally.....
dah lama sebenarnya saya ingin menyertai demo2 untuk Palestin sebegini
cume belum ada peluang....
alhamdulillah, tercapai juga hasrat....
peluang sebegini mmg rugi kalau disia2kan
apatah lagi demo ini tidak dihalang oleh pihak polis dan juga pemerintah2 di sini
(that's what we call kebebasan bersuara!)
malahan mereka banyak memberikan bantuan ketika demo dan rally ini dilangsungkan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal....
jam 12 tgh hari, kawasan All Saints Park sudah mula dipenuhi....
sume peringkat umur ada dari baby yang tido di dalam stroller sehinggalah atuk yang memerlukan tongkat untuk berjalan...
muslims and non-muslims sume berhimpun di sini
dengan satu tujuan yang sama...
atas dasar perikemanusiaan......
dan saya juga tertarik bila melihat golongan kaum sejenis turut sama menyertai demo dan rally ini
lihat bagaimana mereka semua mengenepikan kepentingan diri sendiri untuk sama2 menentang kekejaman zionis
perbezaan agama, politik bukanlah penghalang!
tepuk dada, tanya selera...
memandangkan waktu solat zohor masuk jam 12.10 tgh hr
kaum muslim menunaikan solat zohor secara berjemaah dahulu di park ini
memohon pada Allah agar diberkati apa yang bakal kami lakukan dan perjuangkan nanti....
cuaca yang sangat sejuk bukan penghalang..
sepanjang demo ini berlangsung, kami semua berada di bwh suhu kurang dari 2 degree....
itu bukan alasan untuk tidak menyertai demo ini....
saudara2 di Palestin itu lebih sukar keadaannya
dah tiba masanya untuk kite semua keluar dari 'zon selesa' kita selama ini....
selesai solat
sume berkumpul..
mendengar bicara beberapa pemimpin dan figura2 di manchester (even pelakon drama terkenal di manchester ni pun turut sama berucap!)
selesai ucapan...
langkah diatur memulakan laungan...
banner2...bendera palestin dikibarkan.....
macam2 perasaan ada ketika ini..
bersemangat....sebak...marah....
antara laungan2 bersemangat yang kami laungkan bersama sepanjang rally ini:
Free..free...PALESTINE!
1,2,3,4....occupation no MORE!
5,6,7,8...Israel is a terrorist state!
From the river to the sea, Palestine will be FREE!
no justice, no peace!
Kami berjalan menuju ke city centre...
sebelah laluan dari Oxford Road sampai ke city centre ditutup dan dikawal oleh polis bagi memberi laluan kepada kami semua...
sambil melaungkan ungkapan2 tadi
hampir kering anak tekak ni...
hidung pn sudah mula berair...
cuaca pun bertambah2 sejuk....
salah seorang dari mereka yang mengetuai laungan ini sudah hampir kehilangan suara
namun beliau masih tetap bersemangat
Berhenti seketika di BBC dan melaungkan kata2 supaya BBC lebih bersikap adil dan transparent serta menyiarkan secara tepat ape yang sedang berlaku di Gaza
Boikot Starbucks!
sedar tak sedar lebih kurang 1 km kami berarak
final stop adalah di Town Hall
di mana sudah tersedia sebuah stage
ucapan2 bersemangat diberikan beserta perkembangan2 terkini di Gaza...
Alhamdulillah, mass rally ini berakhir dgn aman...
demo ini akan diteruskan lagi selama sejam setiap hari mulai Isnin, 5Dec....
I wish I can do more than this to help the Palestinians..
doa, infaq...insyaAllah moga lebih baik dari tidak berbuat apa2, apa entah lagi mengambil peduli...
kisah2 lain Gaza demo di UK, boleh baca di: London, Sheffield.....acara membaling kasut di UK
dan hari ini, Zionis telah melancarkan serangan darat pula ke atas Gaza....ya Allah, teruskan memberi ketabahan dan kesabaran kepada rakyat2 Palestin..........AllahuAkbar!
Gaza..Gaza..don't you cry..We shall NEVER let you die! Free PALESTINE!
antara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu:
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.
2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpale
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds.
4. Menyebarkan maklumat2 kepada semua umat Islam
ayuh! kalau bukan kita, siapa lagi.......


No comments:
Post a Comment