Saturday, 1 December 2007

jumaat dan sabtu ku...

Sebelum tu, tahniah buat nazri dan deena yang telah selamat diijabkabulkan..alhamdulillah, another good friend of mine dah selamat...Selamat menempuh alam baru dan semoga sentiasa tenang menghadapi hari-hari mendatang. ^_^

Minggu ni adalah minggu hujan di manchester. agak lebat berbanding sebelum ini...since hujan sentiasa turun, cuaca tidak lah terlalu sejuk. Malam hari jumaat ni juga saya menunggu kedatangan teman dari dundee, scotland. ade program kt manchester ni pada hari sabtu dan ahad dan die bercadang untuk bermalam di rumah saya dulu...namanye nur aisyah zainordin tapi kiteorg panggil sya-z since batch kiteorg kat al-amin dulu ramai yang bernama aisyah. sya-z ni tengah belajar medic kt university of dundee. Dah hampir 5 thn die kt UK ni. Mula2 nak ambil die dari Piccadilly train station dan kiteorg naik bus untuk ke rumah. but since sya-z dijangka sampai pukul 11 mlm, saya minta die amek tram ke station yg berdekatan dengan rumah dan amek die kt situ je. rasa tak selamat sangat nak jalan malam2 kt city tu..lagipun kalo ikut kebiasaannye pukul 11 tu saya sudah hampir lena dan memang dah tak stabil sangat....tapi demi kawan ku yang beria juga nak jumpe, cube tabahkan hati untuk tidak rebah dengan tuntutan tidur ni....kol 10 mlm, dpt sms dari sya-z yang die lambat sket sampai since train lambat...dalam kol 11 lebih katanya...haha...untuk mengelakkan dari terlena, terpaksa lah mengisi masa dengan membuat akitiviti yang tak mengantuk seperti dot dot dot..

akhirnye kol 11.30 malam sya-z btau yang die dh sampai dan tengah naik tram ke rumah saya...me and my cousin pun bersiap2 nak amek die..hujan punye lah lebat dan angin pun kuat..memang gelap gulita kat luar tu. ni pertama kali kuar rumah nak dekat kol 12 tgh malam kat sini...dah jumpe sya-z ni mcm2 lah yang kiteorg borakkan...ngantuk pn dah tak rasa..yang harunye die pun tak sure cmne nak ke tempat program die esok tu...suke2 je anak dara bertuah ni. hehe...program start awal plak tu..kol 9 pagi. so that's mean kene kuar umah an hour before that..bleh ke nak bangun awal since tido pun dah lambat..haha...kiteorg pun sempat berconference dengan rabi' kt jepun tu yang tengah sarapan dan nak bersiap2 ke kelas.bagus betul lah...hari sabtu pun ade kelas. rajin orang2 yang blaja kat jepun ni kan..ahaks....endingnye..pokpekpokpek...kiteorg tido kol 3 pagi...catat sejarah lagi...boleh ke kawan gue tu nak sampai kol 9 dengan tempatnye pun die tak sure sangat..kes2...sya-z dengan selambanye kata it's ok kalo die sampai lambat sket..

pagi esoknye, seperti yang dijangka memang lambat lah die bertolak pergi..kol 8 baru nak gosok tudung lah...mandi...makan...abih2 kol 9.30 pagi baru nak keluar rumah..saya pun decide nak teman sya-z gi ke city untuk tunjuk tempat die amek bus lagi satu..walhal saya pun tak sure sangat..hehe..berbekalkan penelitian ku dari peta dalam internet ni, dengan yakinnye meredah ke stesen bus yang dirasakan betul....hehe...memang betul bus station tu...sya-z pun selamat naik bus untuk ke final destination..

dah terlanjur ade kat city tu, saje lah gi jalan2..window shopping..haha..survey2 barang yang menarik..winter sale pun dah mula..setiap kedai memang sale habis2an..dahsyat lah..manusia pun melaut kat city tu ditambah cuaca hari ni yang memang cerah...kalo weekend ni tak payahlah terfikir nak beli barang2 ni...barisan nk bayar je panjang berjela2...tak berbaloi kalo nak bayar satu barang je..so, saya just jalan2 takde tujuan sangat...haha..bleh lah nak bersantai2 kan padahal banyak je kerja yang menunggu kt rumah tu...masuk kedai ni, kuar kedai tu...tak dinafikan memang menarik je barang2 nye tapi tak rasa cam nak beli lak. tunggu sales yang lgi hebat...kwang3..
dah penat jalan and rasa mengantuk sebab tidur 3 jam lebih je semalam, naik lah bus balik ke rumah..


berpusu-pusu manusia bershopping...yang naik basikal lah...naik tram...jalan kaki...bermacam2 gaya

burung-burung merpati pun tak ketinggalan nak mengambil peranan memeriahkan lagi manchester city ni

mad sales at madhouse...

pokok krismas pun dah ade tapi pokok yang kt klcc tu lagi besar...orang malaysia lagi beria2 sambut krismas.ahaks...mungkin sebab shopping komplex ni 2 tingkat je kot..sebab tu tak leh wat tinggi sangat...

Friday, 30 November 2007

the best amongst u


Hadrat Uthman (Radhi Allaho anho) narrates that Rasulullah (sallallaho alaihe wasallam) said:
"The best amongst you is the one who learns the Qur'aan and teaches it."
[Reported by Bukhaaree]

Monday, 26 November 2007

Kerendahan hati

Memandang Setiap Individu Unik, Istimewa dan Penting

Peribadi yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga dia sentiasa membuat orang lain merasa penting. Kerana sesungguhnya setiap peribadi adalah istimewa. Setiap orang adalah unik dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika kita meragukan hal ini, lihat diri kita sendiri dan perhatikan betapa mudahnya kita merasa disakiti atau tersinggung.Jika apa yang kita fikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap kita juga akan berubah. Kerana manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, kita biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan kita dengan isteri/suami, kekasih, teman, rakan kerja atau orang tua kita tidak sebagaimana kita harapkan, cubalah lihat lebih jauh ke dalam fikiran kita, apa yang sesungguhnya kita fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Kita pasti memiliki hal-hal atau gambaran yang sangat negatif atau positif tentang seseorang.

Mendengar dan Menerima Kritik

Salah satu ciri kerendahan hati adalah dapat mendengar pendapat, saranan dan menerima kritik dari orang lain. Sering dikatakan bahawa Tuhan memberi kita dua telinga dan satu mulut, yang dimaksudkan agar kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang hanya dengan mendengarkan saja kita dapat menguatkan orang lain yang sedang dilanda kesedihan atau kesulitan. Dengan hanya mendengar, kita dapat memecahkan sebagian besar masalah yang kita hadapi. Mendengar juga bererti membuka diri dan menerima, suatu sifat yang menggambarkan kerelaan untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain mahupun diri kita sendiri.Demikian halnya dengan kritik, harus sentiasa dipandang sebagai saranan untuk kita belajar dan berusaha. Kritik harus kita pandang sebagai sumber kita untuk mengembangkan diri, bukan untuk menunjukkan kita salah atau benar. Apapun bentuk dan cara penyampaian kritik harus sentiasa kita pandang positif dalam proses pembelajaran yang berlangsung terus menerus dalam hidup kita. Banyak sekali dari kita yang memandang kritik sebagai hal yang peribadi yang menunjukkan kelemahan dan kegagalan kita. Padahal sebaliknya kritik menunjukkan kemenangan dan kedewasaan kita dalam menghadapi setiap tentangan dan kesulitan.

Berani Mengakui Kesalahan dan Meminta Maaf

Salah satu ciri kerendahan hati adalah sentiasa berani mengakui kesalahan dan meminta maaf jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan orang lain. Manusia rendah hati adalah manusia yang sangat peduli dengan perasaan orang lain. Bezakan dengan mereka yang sentiasa peduli dengan apa yang dikatakan orang lain. Orang seperti ini bukan rendah hati, tetapi rendah diri atau tidak memiliki rasa percaya diri, sehingga dia selalu khuatir dengan apa yang akan difikirkan atau dikatakan orang lain tentang dirinya.

Rela Memaafkan

Rela memaafkan merupakan ciri seseorang yang rendah hati. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus memaafkan kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mengampuni dosa-dosa kita. Sifat ini tidak selalu kita temui dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak dari kita yang tidak dapat memaafkan orang lain dan sentiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Rela memaafkan lebih ditujukan kepada kepentingan diri kita sendiri, untuk menghindarkan kita dari sakit penyakit dan tekanan dalam kehidupan kita.

Lemah Lembut dan Penuh Pengendalian Diri

Ciri yang jelas dari orang yang rendah hati adalah sikapnya yang lemah lembut (gentle) dan penuh pengendalian diri (self control). Dia tidak pernah membiarkan emosinya tidak terkendali dan lepas kontrol. Dia tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau melakukan tindakan fisik. Kemarahan dia tunjukkan dalam rangka mendidik orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat dia kendalikan sepenuhnya, dalam erti bukan dilupakan, diacuhkan atau ditahan (supressed), tetapi dilepaskan dengan pasrah (released).

**artikel ini 'diculik' dari hidayahnet@yahoogroups.com

Semalam sempat ber'ym' dengan zinn dan dia ade tunjuk gambar2 baby boy dia. Just wanna share (boleh ye zinn???hehe..)... few photos of little Ahmad Ibrahim (dengar khabarnye baru sembuh dari jaundice a.k.a demam kuning..alhamdulillah)....


Saturday, 24 November 2007

Saengil chukha hamnida!!!

Happy 20th b'day to the only my 'big' younger brother, Fikri. ^_^ I don't know whether he will read my blog or not since he is away and probably he does not have internet access. Whatever he's doing rite now, my pray always be with him. May Allah give His Blessings and Guidance to him. I hope he will grow up maturedly and will be able to take care of my family specifically my parents since he is the only 'man' in my siblings. of course i'm going to take care of my parents also but we know that a son carries a bigger responsibility towards his parents, rite isn't it? I pray also for his success in this world and hereafter. amiinn..(huhu :( minggu ni belum lagi berborak2 and berkomunikasi dgn any of my family members..mayb diorg sume sibuk berkemas2 untuk perpindahan sementara..)

Inilah my brother yg merupakan peminat MU juga. ni malam b4 fly hari tu..siap pakai t-shirt manchester lagi tu...besar tak adik saya? haha..

Today I had a lab session for mixing in bioreactor. during my undergrad, I just learnt the theory and memorizing some formulas. but now I've seen practically how to determine the power, air flow rate and rotation of the impeller of the bioreactor so that we have the perfect mixing inside the bioreactor. perfect mixing is important so that oxygen is well dissolved in the liquid in order for the microb, fungi etc. getting enough oxygen supply for their growth. fuhh.. (mcm tulis jwpn time exam plak rase..kui3)..by the way, today's lab really an eye-opening experience for me...i learnt also how to operate pilot plant bioreactor (not sure the exact volume of the bioreactor), control the airflow rate and the rotation of impeller. but sumhow the lab area where we working today was verrrrryyy cold (mayb the temp was around 8-10 degree C). the 2 previous experiments were not as cold as today. mayb they want to keep the bioreactors and all those big machines cool all the time. we was freezing like our hand can't write well...huhu...some pics that I managed to capture during the experiment (tak leh tangkap banyak2...supposedly amek gamba liquid dalam bioreactor tu time mixing, saya pun menyimpang sket..haha..ade cctv kt pilot plant area tu, so kene lah berlakon cam amek gamba for the experiment..)

One of my group members (sy yg menyibuk masuk group dieorg..kui3), Angela. She's from Penn state, US. it's a surprise to see an american comes to UK to study coz most of people will say studying in US is better than UK..ahaks..

Dr Michael Cooke explained how to set the air flow rate going into the bioreactor

Another group member, Tanmay. he's from India. can't really get the picture of him since he was busy observing the level of the liquid inside the bioreactor as well as the hydrodynamics of the liquid.

this is my part. I have to adjust the rotation of the impeller by using this machine..scary maa..this is quite an old machine but really accurate. I have to be really careful so that I do not break the rotator motor..

Yesterday, I attended a biosafety induction. I have to attend this induction only that I can start doing my experiment in the Morton Laboratory. The very good thing in this school is they emphasized much on safety. Even we have an occupational safety officer on duty inside the building who will take the appropriate action if any accident happens. Prof Ferda also told me if I'm not feeling well, I can go to them and get my blood pressure checked and stuff like that..hmm..something new and mayb we can practice it in Malaysia too. This school makes sure that we have the adequate knowledge regarding the safety and proper conduct when we performing our experiment in the lab. The instructor, Ralph Cooper gave his talk in 2 hours and although he does not has masters or PhD in chemical/biochemical engineering, his wide experience working in laboratory safety area is really amazing. He also used to be a trainer for microbiology lab but now due to his health conditions, he is not allowed to work with pathogen bacteria and fungi. I noticed several things that they have in this school but not in our university in m'sia (bukan nak mengagung2kan dan terlalu memuji mereka, tapi beberapa perkara yang kite patut ikut especially about safety and the way they work):

1- Every technician is well-trained and they know what they have to do. In other words, they are always there when they are in need and perform their job perfectly. The academic staff or lecturers do not have to find and search them as well as to run after them..I think I will never hear any lecturer complaining about technicians etc. here.

2- Demonstrators (most of them are PhD student or post-doc) do not need to prepare the reagents, appratus, etc since technicians will prepare them all.

3- Safety first. Without lab coat and goggle we cannot enter the lab. Remember I told before there are CCTV in few places inside the lab. When we are in the middle of our experiment today, I took off my goggle (it's not really comfortable since I'm wearing my spectacles too)..few minutes later, Mr Jim (he's one of the technicians) came and asked me to wear my goggle back..haha..kantoi..he showed me the CCTV just up behind my back..he came all the way from level 1 to my lab just to tell me to put on my goggle back..see..they really stressed on safety. Plus I'm going to get my own lab coat as well as goggle (goggle ni nnt yg ade power mcm my speck jg..i have to get prescription from my supervisor and I have to show it to the university optician in order to have my own goggle free....). In addition, not everybody is allowed to enter morton laboratory unless they have their ID card activated to access the building.

4-before this, I always thinking bout the difficulties to work in the new lab environment and I guess i have to struggle in order to set up my working area in the lab..like I did during my FYP in which I have to search all the apparatus and glassware and sometimes using the equipment without proper training. As a result, many equipment are broken and lots of money need to be spent to repair them. here, I will have to be trained until they feel satisfy for me to start my work by myself. so that I will not break any machine inside the lab. no wonder although the machines look old, they can still functioning properly. Since I'm going to work with plant cell culture that is very sensitive and easily contaminate especially by bacteria or fungus, Mr Ralph told me that he will find for me a working space that is free from bacteria or fungus and find sumbody to teach me plant cell culture techniques..so nice..i have a very little experience with plant cell culture actually. i really need somebody to teach me how to grow and take care of plant cell culture.


Morton Laboratory building. Just next to the Mill (my school building)

Hmm...what I want to higlight here is the commitment of all staff (academic, technical) to make sure that the safety rules and regulations are followed by everybody. I really impressed with the way they perform their job. a word can best described them: dedicated. I hope we can find dedicated staff like them back in malaysia (specifically my department in uia..)

Thursday, 22 November 2007

Lari..lari...

Ape yang lari pun tak tau...saje je nak type perkataan lari.. kui3... abaikan...mayb sebab baru dengar lagu 'Ku berlari'...suke dengar lirik nasyid ni sebab dapat menyuntik kembali semangat di saat wengggg2 (untuk diri saya lah..org len saya tak tau)....sebahagian lirik nasyid ni...

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri
jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati
hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi
senyuman diberi
tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
.......

hari ni dok mengadap excel VBA seharian..actually tak tau nak belajar banyak mana..nak kene khatamkan satu buku tu ke...kalo mcm tu, tak tau lah sampai bila baru nak habis..huhu..tapi mengikut kata Prof Ferda, ade beberapa chapter yang penting untuk difahami..but still...maybe sebab tak nampak gambarannye sangat since reference book banyak bagi contoh untuk business dan benda2 lain, not related with my research...luckily, hari dapat jumpe lagi sorang student prof Ferda..a mexican guy named Raul Munoz-Hernandez. Sebelum ni asyik dengar Prof Ferda sebut nama die tapi belum pernah bersua muka pun..lagi pun die takde meja kt postgraduate room tu..die slalu bekerja dari rumah..and he's almost finished his Phd. tengah write-up..bestnyer..dan research die adalah lebih kurang dengan my research. Metabolic flux analysis using Excel VBA and GAMS software. Bezanya die guna bacteria and saya plant cell culture. Dia pun tunjukkan programming yang dia buat..fuh...memang dahsyat dan agak kompleks..huhu..itulah hasil kerja selama 2 tahun lebih..i have a long way to go...dapat lah gambaran ape yang harus ku hasilkan nanti..Raul pun janji nak tolong explain and tunjukkan camne nak wat programming dalam excel and integrate with GAMS..so nice of him...alhamdulillah..moga urusan pembelajaran ku dipermudahkan..dah dapat gambaran ni membuatkan rasa semangat kembali...nampak sedikit sinar dalam laluan yang gelap gulita..^_^...

hari ni pun dapat berborak2 dengan auntie aibah saya di johor bahru..rindu lah dengan semua..huhu...die pun ade khabar gumbira..bakal dapat lagi sorang sepupu..haha...auntie aibah ni adik bongsu mak saya..anak ke-13..kui3...tak taulah kalo ade lagi sepupu baru lepas sepupu baru ni...banyak juga citer ngn die td...yang paling best citer pasal izzat..kanak-kanak yang makin aktif tu...pantang je pintu umah terbuka, tengok2 dah lesap..huhu..nasib lah die gi umah orang sebelah je...kalo tak, haru lah jadinye..sempat minta gambar terbaru izzat dari auntie..boleh lah tengok kalo boring2 dan rindu2an....ermmm...

raya 2006..yang tengah dukung izzat ni iqah, my kazen..time ni izzat still tembam..muka ala2 budak tembam yang comel dalam citer Shaolin Temple tu..hiii....

Kedua2 gambar kat atas ni diambil guna handphone saya...before fly hari tu..balik JB jumpe sanak sedara dulu..huhu..pandai je posing budak bertuah ni, dengan air liur meleleh..haha..asalkn tengok flash tu menyala..tersengih terus die..

Raya baru2 ni..nampak susut sket izzat..dah tak tembam cam dulu..sebab makin aktif kot..

ni gambar yang baru je ditangkap ahad hari tu..sekarang ni kalo soh senyum je, mesti sengih camtuh sambil kecikkan mata..haha..hampir sume gamba die mcm tu....tp stil cute...yang pakai baju pink tu kakak izzat, izyan..lagi dalam 5-6 bulan dpt adik baru plak..sekejap je izzat dapat manja2 ngn mama die.. ;p

Sunday, 18 November 2007

Blessing from Allah..

Alhamdulillah...tumpang gembira bila mendengar khabar dari dLa yang Zinn sudah selamat melahirkan baby boy seberat 3.2 kg semalam, hari sabtu kol 2.40 petang. Both mummy and baby sihat walafiat. Tak sangka secepat ni..ingat hari tu cam lambat lagi..haha..ke saya yang tersilap jangka...nyways, for Zinn, I pray for her health and happiness and for her baby as well..memang dah lame sangat tak jumpe dia..ingat before fly nak jumpe, tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, tak tercapai hasrat tu..hmm...agaknya bila jumpe die nanti, baby boy tu dah berlari-lari dan petah bercakap kn.. ^_^ more good news akan tiba dalam masa terdekat ni...saya tumpang gembira..dengarnye ade juga yang bakal dapat anak kembar..yang baru naik pelamin just b4 saya fly pun khabarnye dah berisi...mabruk kawan2!! just nak letak beberapa gambar kami berempat (me, ama, aimi and zin)...i can't deny that i really miss those days...

Hehe..time masih kanak2 matrik...kt KLCC twin tower bridge


On Zinn's wedding day (18/8/06)

Rasanye ni last kami bergambar berempat..masa ni open house rumah aimi..kalo tak silap setahun yang lepas (12/11/06)..

Friday, 16 November 2007

Khutbah Wida'

>>>>>> Antara perkara-perkara yang pernah dipelajari dan diketahui tapi sering dilupakan....hmm..

ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di
sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.


“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

(Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida')

Antara pemandangan di Arafah...seriously...rinduuunnnyeeee kat tanah suci....huhu....

Saturday, 10 November 2007

Berlalu sudah 2 bulan...

Masa yang pantas berlalu...hari demi hari...yup..dah 2 bulan rupanye ku di bumi Manchester ni. setiap hari ade saje pengalaman dan benda baru yg dipelajari...seronok ade, kurang seronok pun ade..ape2 pun, sume tu adalah sekadar penambah asam garam kehidupan yang haruslah sentiasa dipandang dari sudut yang positif...ahaks..

Alhamdulillah, tidak terlalu sukar untuk menyesuaikan diri di sini (walaupn kdg2 teringt kt rumah kn..itu normal..)... tak kisah lah orang nak kata duduk kt manchester ni tak thrill sbb ramai sangat melayu.. walopn dikhabarkan ade 2000 orang malaysia di Manchester ni, bukannye selalu sangat jumpa diorg kat tengah jalan tu..even dalam postgrad room kt school sy yang mana penghuninye ade lbh kurang 35 org, saya je malaysian yang ade dlm bilik tu..jadi bukan lah sepanjang masa berjumpa dengan malaysians kt sini ye...yang penting ilmu yang kita nak dapat kat sini kan...

proses pembelajaran saya di sini pun semakin hari semakin mencabar...time management adalah sangat penting lebih2 lagi bagi research program yang mmg menuntut diri untuk sentiasa berdisiplin..bila wat plan tu, memang nampak cantik je..bila nak laksanakan tu lah yang 'liat' banyak, bukan sikit..bila masa dah berlalu, baru nak menyesal dan bertanya kat diri sendiri 'napelah aku tak buat semalam..huhu''..memang haru.. every week, saya akan berjumpa supervisor dan tiap kali itulah ade keje baru ataupn tugasan baru yang perlu dibuat..sekarang ni instead of 2 courses yang perlu dihadiri, supervisor saya tambah lagi satu course..yang ni lab nye course..so, friday sudah dipenuhi dengan lab..semalam baru stat lab yang pertama..fuh..dah lama tak duduk sehari suntuk kat dalam lab, rasa penat yang amat sangat..tapi bagus jugk, kene membiasakan diri dengan keadaan dalam lab...

lepas hampir dua bulan memulakan research, saya dan supervisor came out dengan gantt chart for my research...kt sini, every 3 month ade progress monitoring..means kene anta report dan tunjuk progress kita... seorg progress examiner pun akan dilantik yang mana dia bertanggungjawab untuk memastikan research saya bergerak seperti dalam plan..dalam 2 minggu lagi, saya akan dipanggil utk diinterview oleh school..diorg nak tau research plan saya dan layak tak research ni untuk dijalankan ke peringkat PhD..uuuuuuuuuu....scary tuh...hope I can do well dan bertenang masa interview tu..

di samping cabaran dalam menuntut ilmu, cuaca juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnye...bulan november ni, waktu adalah sudah totally changed..pukul 4.20 petang sudah maghrib, 6.15 ptg dh isya'..kol 7 mlm seolah2 sudah 10 malam..bila malam, perkara pertama dalam fikiran adalah rasa nak tidur kn..huhu..kenelah tabahkn hati dan fikiran supaya tidak tewas kepada perasaan nak tidur ni...jadi kenelah pastikan bilik sangat terang dan penuh dgn cahaya..(ini dipanggil kesan psikologi..kui3)....minggu depan pn suhu dijangka paling rendah 3 degree celcius..huuuu..sejukkkknyeeeeee.....

masa akan terus berlalu dan berlalu..jadi kita pn kene turut sama bergerak ke hadapan...tak boleh ketinggalan di belakang....I pray that Allah always give me strength and willingness to face any challenges in my life...amiinn..

by the way, nak tunjuk gambar2 kitoerg masa jalan2 kat another side of Manchester city...dah penat blaja, kite jalan2 plak...hihihi...mula2 ke Manchester Art Gallery..since free entry je, hentam je lah masuk walaupn sbnrnye kitoerg ni bukannye reti sangat pasal seni2 ni...otakku adalah teknikal dan straight to the point..tak reti nak menyingkap yang tak tersingkap..layannn...


Dalam art gallery ni, bukan sahaja lukisan yang berharga beribu2 di tunjukkan, tapi ade satu session tu yang didekasikan khas untuk butang (button gallery)..rupe2nye butang pun leh jadi koleksi..lihatlah...beribu2 jenis butang sebenarnye ade kat sini..







dalam banyak2 gambar, ni je lah gambar yang difahami sedikit..huhu..pemandangan autumn yang indah..autumn in my heart...wahuahua...


Lepas tu jalan2 kat St Albert Square..dekat je dari gallery tu..berhenti makan2 jap..amek gamba..etc..

Depan Manchester Central Library..sebuah bangunan yang cantik dan bersejarah..bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan buku tapi ade theatre juga dalam tu..every week ade show kat ctu..

Friday, 9 November 2007

Untuk WANITA...

A nice article about ladies ^_^....


Cantiknya WANITA

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu-ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Sunday, 4 November 2007

Mr Punjab Letter To Bill Gates

Sekadar bacaan ringan setelah letih membaca bahan2 bacaan yang sirius ^_^ ...

Dear Mr Bill Gates Jee,

My name is Banta Singh and l am from Punjab , India (Sub-Continent in the Continent of Asia ). The request is this that, on the pressure of my family, bought your computer for our home and we found the following problems, which I want to bring to your notice, so that you can get it rectified for us (if possible) and also to ensure that you do not commit this mistake again (and have another dis-satisfied customer).

1. After connecting to internet we planned to open e-mail account and whenever we fill the form in Hotmail in the password column, only ****** appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but we face this problem only in password field. We have tried for 2 full days, in turn with my wife and children, but the result is the same. Then, we checked with hardware vendor Santa Singh and he said that all your models are facing the same problem. However, he has assured that there is no problem with the keyboard or the computer. Therefore, we have to open the e-mail account with password *****. Now we are typing *****, but the mail is not being retrieved.

2. There is a button 'start' but there is no "stop" button. We request you to check this. I think you forgot to put this button in my computer. However, we are stopping it by switching off from the main switch.

3. We find there is 'Run' in the menu. When I click this button then I have to 'run' (which makes me tired). So I request you to change the 'run' to "sit", so that I can use the computer while sitting.

4. As we do not have a cycle in our house, I suggest that there should be an option of re-scooter (I have got one), instead of re-cycle and may be car option for those who have got car...

5. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the bathroom door key (and I was inside). I told her to find from the 'Find' key and she tried a lot for tracing the key with this 'find button', but she was unable to trace it (I had to break the bathroom door to come out). Is it a bug in the find key or my wife was playing a trick on me?

6. Please confirm when u are going to give me money for winning 'HEARTS' (playing cards in games) and when are u coming to my home to collect ur money. Another solution is that you can do these transactions through a bank (I can give you my account no. and you can give yours).

7. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', Microsoft Essay etc. Are you working on it and how soon can you provide that, otherwise my child will grow up to learn all this?

8. I bought computer, CPU, mouse and keypad, but there is only one icon with 'MY Computer', remaining is not there?

9. The windows says 'MY Pictures', but there is not even single photo of mine. Do not worry, I can send them to you so that you can put it in. One more suggestion, you can also have another icon of 'My Family Pictures'.

10. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only. Or you plan to next time make a computer for home, school, college, universities as well.

Good luck, keep on doing the good work. Any more help you want, you are welcome.

Banta Singh, Punjab

P.S . Please do not get disheartened with the above observations, we know that you can fix it

Saturday, 3 November 2007

haha... ;D

Tak sangka masuk juga salam perantauan ku kat dalam utusan online. Dah lame dah hantar, sampai tak ingat bila. Pagi tadi tergerak hati nak tengok..last2, nampak nama sendiri kat webpage tu...rasa cam poyo lak..ahaks ^_^

klik kat link atas ni and then cari my name there....

continuation...

Takde title yang best nak bagi untuk post ini, jd ku bubuhkan saja 'continuation' :p sebenarnya nak sambung kisah lawatan saya ke old trafford dua minggu yang lepas..haha..dah berkulat punye cerita kan..baru berkesempatan nak tulis post ini since saya pun dah habis 'starting summary' untuk literature review saya dan sudah selesai dibincangkan dengan Prof Ferda. Jadi berehat sebentar bersama blog..

Petang tu selepas habis jamuan MCOT dan sampai di rumah azraa, kami pun bersiap2 pula nak ke MU nye stadium. menurut peminat setia MU ni, ade tour de stadium untuk pengunjung2 di mana ade tour guide yang akan menerangkan tentang bahagian2 dalam stadium tu. Tp tour ni pada certain time saja. Disebabkan tidak sempat, kami hanya berjalan2 di sekitar stadium dan Megastore.


Depan stadium MU. Nampak tak patung yang kaku kat belakang tu?

Nama jalan ini adalah bersempena dengan nama orang yang dirinya dijadikan patung itu (boleh faham kah ayat ini?..huhu) Mula2 tengok nama jalan ni, memang tak kenal langsung pun siapakah orang itu. haha.. menurut Azraa, Sir Matt Busby ini adalah pengurus MU yang paling lama berkhidmat. Banyak lah jasa2nya yang saya pun tiada daya nak mengingatnya.

Entrance Megastore.. Tempat inilah menjual segala macam jenis cenderahati MU.

Masuk saja megastore ni, terpampang muka2 pemain baru dan lama MU...walaupun saya bukan lah penyokong MU, peluang untuk bergambar tidak dilepaskan.kui3...sekali sekala kan..

Antara pemandangan2 dan barang2 yang dijual dalam megastore ini. ada yang berkenan ke? nak tempah boleh lah..tapi harga nya boleh tahan lah..jersi pn 40 pound..huhu...tunggu sale lah kalo nak beli pun (bile sale pun tak tau)..nak print nama sendiri kat belakang jersi tu pun boleh...

Selesai menjamu mata dan membeli..kui3...lihatlah azraa yang gembira dapat membeli-belah di megastore...saya membeli barang yang tgh sale 50-70%..murah je..tak sampai 10 pound pun...haha.....kalo tak sale, tiada kuasa ku untuk membeli...

Sunday, 28 October 2007

Daylight saving time..apakah???

Starting 28th October, daylight saving time in Europe which started last summer (25th March) ends. it means that our time in Manchester is adjusted backward 1 hour. Now, i have to substract 8 hours to know Malaysia time.. Apakah daylight saving ni?...and why they create this kinda thing? a thing dat I never know before..kui3..sedikit hasil pencarianku dari Wikipedia...*_*

Daylight saving time (DST; also summer time in British English) is the convention of advancing clocks so that afternoons have more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour near the start of spring and are adjusted backward in autumn; several ancient cultures lengthened each summer daylight hour instead. Modern DST was first proposed in 1907 by William Willett, and saw its first widespread use in 1916 as a wartime measure aimed at conserving coal. Despite controversy, many countries have used it since then; details vary by location and change occasionally.

Adding daylight to afternoons generally benefits retailing, sports, and other activities that exploit sunlight after working hours,[1] but it can cause problems for agriculture and other occupations whose hours depend on the sun.[2] Extra afternoon daylight appears to cut traffic fatalities;[3] its effect on health and crime is less clear. DST is said to save electricity by reducing the need for artificial evening lighting,[4] but the evidence for this is weak,[5] and DST can boost peak demand, increasing overall electricity costs.[6]

DST's clock shifts complicate
timekeeping and can disrupt meetings, travel, billing, recordkeeping, medical devices, and heavy equipment;[7] they also serve as twice-yearly fire safety reminders.[8] Many computer-based systems can adjust their clocks automatically, but this can be limited and error-prone, particularly when DST rules change.[9]

this is the guy who invented daylight saving time, Wiiliam Willet..should we thank him or not..haha... (suka2 je kan aku ni...)


Actually there's a lot about daylight saving time in the internet; the history, anecdot, advantages, drawbacks etc which I think I don't have to read it all, tau sket2 pun cukup kan..huhu..i hav other important things to read though..sigh....


Thursday, 25 October 2007

a card wif 12 senders

Memang terasa glamer diri ku ini (nak perasan sorg2 jap..ahaks..) bila dapat kad pada pagi tadi...my nama and my address di tulis dengan besar sekali..orang yang rabun teruk pun for sure dapat lihat dengan jelas..huhu..nasib baik sampai juga kad ni..hehe..spelling Lacester tu salah sebenarnye..Lecester yang betul..kat sini yang penting adalah poskod..kalau salah poskod, memang tak sampailah..

Macam2 wish ade...terhibur diri ku....nak wat acknowledgement sket lah...
Terima kasih diucapkan kepada:
Ain Abdullah
Ajie
Ainie
Anum (happy belated b'day kak anum ^_^)
Nazri Nawi
Afifah (happy belated b'day gak!)
Annisha
Azira
Tinie
Ely Nadia
Azizah a.k.a Zah
Eza Surya


Dengan ingatan tulus ikhlas
Maaf Zahir Batin

Thanx again for the card, friends! Miss u all guys (teringat time2 kt UIA dulu..huhu)

at last....

hehe..panjang umur..baru je semalam cakap kat Rai pasal kad dia yang tak sampai2 lagi..katanya die hantar ke sydney and eire dah lama sampai, yang manchester ni awat xsampai2 lagi.....tengok2 hari ini 24hb kol 9.30 pagi, ada kad untukku..engineers dari inno bio rupanya yang bagi...lama juga kan nak sampai..kat luar sampul tu copnye 2/10..sampai 24/10...dekat 3 minggu lah...terima kasih korang (cik raihana dan encik ainuddin) atas kiriman kad2 ini....^_^