tajuk entry ni membayangkan macam ada banyak 'man' je kan dalam hidup saya...kwang3......
selamat hari bapa untuk ayah saya yang tersayang
harapnya kad yang dihantar sampai dengan selamatnya tanpa cacat cela
bukan seperti yang berlaku dengan kad untuk mak sebelum ni..
sob..sob...sapelah insan yang dengki sangat tu..
bila ingat kat ayah
ada beberapa perkara yang paling saya ingat
bagaimana ayah berkorban untuk kami semua
bagaimana ayah menjalankan tanggungjawab nye sebagai orang gomen
bagaimana ayah belajar dari bawah sehingga mendapat kelayakan professional
hmmm...
banyak sebenarnya
tapi biarlah saya simpan dan kenang sehingga akhir hayat saya (lagipun kalo nak citer kt sini, panjang sangat, nanti orang bosan nak baca...hiiiiii)
ayah menyekolahkan kami semua di sekolah swasta
yang memerlukan bajet yang agak banyak setiap bulan
untuk membayar yuran kami
dengan gaji yang tidaklah terlalu mewah
berbanding kalau bekerja di syarikat swasta
ayah juga belikan kami baju baru
makan minum dipastikan cukup
walaupun baju ayah sendiri dah lama tak dibeli yang baru
paling saya ingat kereta ayah yang usianya lebih tua dari saya (tahun 1981-82 cmtuh)
ayah sangat sayang dengan kereta tu
walaupun kadang2 bayaran untuk membaiki kereta tersebut agak mahal
tapi kereta itulah yang ayah gunakan
sejak saya belum lahir lagi
lepas kami adik beradik lahir
untuk hantar kami semua ke skolah rendah
sekolah menengah
berulang-alik menghantar saya setiap hari ke sekolah aminuddin baki di kampung pandan
matrikulasi UIA di PJ
even sempat menghantar saya ketika di main campus di gombak
hmm..tak ingat exactly tahun bila ayah jual kereta tu dan beli kereta yang lain
saya kagum bagaimana ayah mencapai kedudukannya pada hari ini
keputusan SPM nye tidak lah terlalu gah
kemudian ayah ambil sijil
then diploma di UTM
melayakkan ayah untuk belajar di Oregan State University, USA
untuk first degree dalam bidang Nuclear engineering
ketika saya berusia 11 tahun, ayah mendapat mastersnye di UTM
kemudian ayah menyambung pelajaran di peringkat PhD di UKM
ketika saya di tingkatan 4
dan tamat ketika saya baru melangkah ke matrik UIA
hmmm
kelayakan yang tinggi melayakkan ayah untuk naik ke pangkat yang lebih tinggi
dan tentunya dapat savings yg lebih untuk dirinya
berbanding dahulu
tambahan pula kini tinggal adik bongsu saya yang bersekolah di sekolah tersebut
memang terlalu banyak untuk dikenang
apa yang telah ayah dan ibu buat untuk saya
terutamanya ketika saya sakit
dan melalui 3 kali pembedahan
banyak yang dikorbankan di situ
tak mungkin saya dapat membalas semuanya
cume berdoa agar diberi kesempatan
dapat membalasnya
dengan apa cara sekalipun
semoga diriku diberi ketabahan dan kekuatan seperti ibu bapaku
"Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara ku ketika aku masih kecil"
Terima kasih ayah atas semuanya..........(dan emak juga ^_^)
Antara dua pilihan
4 years ago


3 comments:
terharu dengar cerita ayah awk, wlupun sebelum ni dah pernah diceritakan. semoga Ir. Dr. Mohamad Puad akan terus maju, dikurniakan kebahagiaan dunia & akhirat, dengan ditemani oleh isteri serta anak2 yg tidak kurang hebatnya, ameen!
salam, teringat kat ayah anti hantar ana balik rumah.... time tu bas kitorg rosak...hhuhuh... ayah anti mmg best! Moga dia sentiasa dirahmati Allah.. :)
thnx for dua kwn2!
ana rs semua ayah2 kite best kn... ana pn xtau lah kalo ayah ana stil ingt lagi ke tak die penah hantar anti balik rumah dulu, sya...hehe...but who knows die mmg stil ingt..nnt ana tanye die...
Post a Comment