'Budak parah dikejar anjing'...
tertarik dengan tajuk berita ni
dalam berita harian
simpati dgn adik nurul athira
agak teruk jahitannya
lagi2 kena di bahagian muka
sudah tentu trauma dengan kejadian ni
sudah tentu fobia bila tengok anjing nanti
huuu...
saya boleh rasakan bagaimana ketakutan bile berdepan dengan anjing
sebab memang saya SANGAT takut dengan anjing
kalau tengok anjing rasa lemah semua kaki dan anggota badan ni
tinggal tak pengsan je
ni bukan takut sikit2
memang takut betul2
dalam banyak2 binatang
anjing lah binatang yang saya tak boleh get along
hahaha...(perlu ke nak get along? gayanye macam aku ni get along dengan tikus, ular dan binatang sewaktu dengannye)
entahlah...tapi yang penting kalau nak pegang binatang2 lain
masih mampu lagi
dan kalo terserempak dengan binatang2 lain pun
lututku masih kuat lagi
teringat peristiwa kat UIA dulu
anjing liar ni memang banyak berkeliaran
lagi-lagi kat mahallah sister
bukan seorang dua pernah dikejar anjing2 ni
tapi ramai rasanya
manalah datangnya anjing2 ni
manalah tuannya
kenapalah nak bela anjing dan
akhirnye biarkan saja anjing itu tak bertuan
sungguh tak bertanggungjawab
kalo anjing tu tak kacau orang takpe
ni datang buat onar pulak
hamba ni dah lah sangat takut dengan anjing
kalau tengah jalan kaki dan tiba2 terdengar anjing menyalak
pasti langkah terhenti serta-merta
baca doa banyak2
Allah je yang tahu ape yang ada dalam hati dan fikiran
huhuhu...
hahahaha...
rupa2nya kat manchester ni
lagi lah ramai orang bela anjing
jiran sebelah rumah ni pun sama
pagi2 je dah dengar anjing2 tu menyalak
tapi apa yang bagus tentang orang kat sini
mereka bela anjing ni macam nyawa sendiri
tak akan biarkan anjing tu berkeliaran sesuka hati
latih anjing tu
in the end anjing tu memang tak berminat nak kejar orang
mula2 sampai sini
takut juga tengok anjing2 ni semua berjalan dengan tuan masing2
bermacam2 saiz ade
bulldog, kaki pendek, yang badan panjang
anjing macam Paris Hilton tu pun
chihuahua kot jenis anjing tu
yang asyik kene dukung macam baby tu
tak boleh nak jalan sendiri
lama2 macam dah biasa tengok anjing
dan dah mampu nak berjalan dengan normal bila tengok anjing..kui3..^_^
setakat ni pernah 3 kali terserempak dengan anjing yang bersendirian tanpa tuan
alhamdulillah...anjing2 ni buat dono je
terhenti juga degup jantung ni bila tengok anjing ni lalu kat depan mata
kalau boleh tak nak pandang pun anjing tu
hahaha...
macam mana lah boleh nak cerita panjang lebar pasal anjing ni kan
lain kali kita cerita pasal kucing pulak lah ye
tamat sudah kisah anjing
hanya satu yang diharapkan
janganlah aku terserempak dengan anjing yang berminat dengan manusia pada masa hadapan ^_^
Antara dua pilihan
4 years ago


1 comment:
ahahaha... kelakar la entry yg nie...
dugaan btol eh dok tmpt byk anjing... tape... bace surah al-lahab byk²...
my area kan byk anjing... dorg akan nyalak cam nak terkuar anak tekak... cube bace surah tu pastu hembus² sket kat die... insyaAllah die akan senyap pastu jalan gitu jer... ajaib kan... subhanallah... :D
Post a Comment