Untuk kami yang berada di UK ni, raya tahun ini boleh lah dikatakan 'raya terkejut'..hehe..semua orang jangka yang raya jatuh pada hari sabtu. tapi hari khamis malam jumaat, dapat email dari Malaysian Student Department (MSD) di London yang mengatakan raya pada hari jumaat..haha...tak prepare ape2 pun. ingat hari jumaat nak prepare food untuk raya. siap dah plan nak cuti hari jumaat lagi..since dah tak larat nak rush2 prepare semua, kiteorg yang kat rumah ni pun decide prepare makanan pada pagi2 esok.
Pukul 8.25 pagi kami bertolak untuk solat hari raya di sebuah sekolah di Cheetham ni..solat raya dan jamuan kat sini dianjurkan oleh Malaysian Community Cheetham Hill (MCCH).. kebanyakan yang aktif dalam community ni adalah org2 yang sudah berfamili since Cheetham memang ramai malaysian famili..masa2 ni lah dapat jumpa sume malaysian yang ada kat Manchester ni..fuh..memang ramai lah..haha..terasa juga lah kemeriahan raya di sini.
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Alhamdulillah... masih berpeluang untuk menunaikan solat hari raya seperti Malaysia.
Pengisian yang sungguh berkesan dan bermakna di pagi hari raya....
Menikmati juadah selepas solat sunat..makan je lah ape yang sempat disediakan..hehe..imam tu siap cakap lagi hari ni tidak digalakkan datang ke rumah dia lagi. ayam dan daging baru je beli malam sebelum tu. tak sempat nak buat ape2..haha..die jemput semua orang datang pada hari kedua raya..macam2...anyways, yang tersenyum dan sedang memangku anak tu adalah lecturer dari kulliyyah ICT UIA. Kak Azlin namanya..SLAB ngan BTN hari tu gi sama2 ngan dia lah. Ada lagi sorg lecturer Engin, dr ECE dept. Kak Fariza.. tak jumpa lagi dia setakat ni..hari tu flight kitaorg sama..dia pun ada masalah delayed luggage juga..
Ini lah my cousin, Suzaini with her husband and their daughter, Nana. Gambar ini diambil depan pintu masuk Cheetham Community School, tempat kami menunaikan solat sunat hari raya. Sekolah ini juga adalah sekolah Nana. 
2 Syawal-Sabtu 13/10/07
Bergambar dalam rumah sebelum bertolak. Dua orang gadis di dalam gambar ini adalah Atiyyah (di depan saya) dan Eryna. Glamer nama diorg ni kan..hehe..dieorg dulu students both of my cousins dan sekarang ni sedang buat MSc di UMIST juga. Diorg pergi under Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) di UiTM. Bakal lecturer sume ni... Muda2 lagi dah sambung MSc (sama baya dengan Aimi adik Illi)..hebat kn..
Depan rumah lecturer UiTM di Crumpsal, Cheetham. Rajin diorang wat open house...kite pun tumpang lah kan..rezeki jangan ditolak..

Antara juadah2 yang disediakan dan suasana di dalam rumah..macam2 lah ade..mi rebus tu kami bawa dari rumah..hehe..ade nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, lodeh, kuah kacang, puding roti dan beberapa lagi..meriah lah..
Inilah tuan rumah nye, kak Miza...thanx ye kak Miza!
3 Syawal-Ahad 14/10/07
Depan rumah Puan Azimah..dari luar tak nampak besar sangat..Masuk dalam baru boleh nampak...
Tak nampak pula muka Puan Azimah ni..yang pakai baju hijau tu kat sebelah tepi..orangnye sangat lah baik..peramah dan helpful..sesuailah dengan tugasnya untuk menjaga kebajikan kami di sini..
Hehe...sibuk je nak bergambar dalam rumah orang kan..terpegun tengok pemanas conventional ni..tp sekarang dah jarang pakai..kebanyakan rumah di sini pakai electrical heater ataupun yang pakai gas. Teringin nak duduk depan pemanas api ni sambil panaskan tangan..harapan je lah..
Inilah suami Puan Azimah bersama husband sepupu saya...Selesai lah raya untuk minggu ini. Masing-masing nak buat open house kat sini supaya kemeriahan hari raya tu terasa..tak lah rasa sedih dan sayu sebab tak beraya bersama-sama keluarga di Malaysia kan..esok mestilah meneruskan pembelajaran seperti biasa..huhu...takde cuti panjang2 kat sini...chao chin chao!


4 comments:
amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
meriahnyer rayer....syoknyer
jelesssss....ahahhahahahahha
siap ade laksa johor....huhuhuhu
ahaks... jeles ke? saya bertolak balik kampung dkt asar pada hari raya pertama... tade rupe raya... ahahaha... nway, slmt ari raya buat sumer peminat blog illi... maaf zhr batin yek... ;D
illi..kak fariza yg ko mention kat atas tu lecturer uitm chem engine ker? ko tanyer sket...hehe...cam lecturer akuuu jerr...hee
hehe..kak fariza tu lecturer UIA..die dr electrical dept..bukan dr UiTM ye..there must be another fariza perhaps ^_^
Post a Comment